“Kalau Isteri Kuat Membebel Dan Bila Dia Dah Senyap, Suami Janganlah Kacau”. Ini Sebabnya..

Trending

“Kalau Isteri Kuat Membebel Dan Bila Dia Dah Senyap, Suami Janganlah Kacau”. Ini Sebabnya..

Wanita seringkali dikaitkan dengan perangai kuat membebel. Walaupun bukan semua wanita yang ada sifat macam ini tetapi itulah sifat yang kerap dikaitkan dengan wanita. Lebih-lebih lagi yang ada tanggungjawab dan dah berkeluarga.

Advertisement

Ada antara kita yang bertanya “kenapalah awak ni suka sangat membebel?” kan? Atau juga kita berkata “Awak ni tak habis-habis nak membebel la”. Situasi lebih buruk jika bila wanita membebel lelaki pun ikut sama membebel. Pasti akan mengakibatkan situasi jadi lebih huru hara.

Namun kita seharusnya tahu bahawa seseorang itu membebel pasti ada sebabnya yang tersendiri. Mereka bukan sengaja nak membebel tetapi sebagai tanda mereka sayang, ambil berat, meluahkan perasaan dan sebagai tanda protes dan lain-lain lagi.

Oleh sebab itu para suami telah diberi peringatan. Wanita yang menggunakan facebook bernama Dakota Dykia telah memberikan pesanan untuk suami.

Jom kita baca..

Jika isteri anda kuat membebel dan tiba-tiba dia senyap, tolonglah jangan ganggu mereka

Husband tanya, kenapa aku kuat bebel. Satu benda silap, macam buntut ayam mulut aku jadinya. So aku pun beri pencerahan…

Aku kan perempuan. Otak aku kompleks. Semua benda nak fikir serentak. Walaupun nampak aku macam innocent je tengah basuh periuk kat sinki, tapi aku sebenarnya tengah fikir..

– kain dalam mesin belum sidai

– hari nak hujan, nanti kain lembap

– kena keringkan di laundry shop

– sebelum pergi kena masak dinner dulu

– malam nanti nak masak ikan stim halia

– halia dah habis kot..japgi nak cari

– alang-alang nak pergi kedai, boleh beli tepung

– tapi minyak kereta dah nak abis, kena isi

– nak pegi Petronas di Sg. Lalang ke, Taman Ria

– kalau pegi Taman Ria boleh beli air jagung

– air jagung dgn rojak buah best ni

Kau tengok!

Tu baru part basuh 1 periuk. Belum masuk part basuh sudu. Ha, camne mulut tak pot pet. Jangan ganggu konsentrasi aku untuk berfikir dengan tenang..haha.

Jadi, bila bini tengah diam..jangan kacau.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...