Juri tetap program nyanyi Gegar Vaganza musim ke-7, Datuk Ramli MS tampil memberi komen mengenai kedudukan Noraniza Idris yang sentiasa berada di tangga teratas pada setiap konsert mingguan.
Menurut maestro muzik negara itu, Noraniza Idris atau lebih mesra disapa sebagai Kak Ani kurang melakukan kesilapan seterusnya berjaya mengelakkan markah persembahannya dipotong.
Tambahnya lagi, jika seseorang peserta itu melakukan kesilapan secara minima, secara automatik kedudukannya akan berada di atas carta peserta mingguan.
View this post on Instagram
“Ani dia buat sangat minimal kesilapan. Korang kena faham. 100 markah belum menyanyi dah bagi, kalau yang terkeluar dipotong markah sampai 70, tinggal 30 saja. Bila minimal kesilapan, automatik akan berada di atas. Kalau ini pertandingan siapa suara sedap, minggu pertama dia dah keluar.”
Tok Ram tampil mengulas mengenai perkara itu setelah wujud persoalan mengapakah Kak Ani sering saja berada di kedudukan terbaik pada setiap minggu berbanding peserta lain.
View this post on Instagram
Malah, ada juga di kalangan netizen yang merasa tidak puas hati dengan pemarkahan juri membabitkan beberapa peserta program popular negara itu.
Gegar Vaganza musim ke-7 yang dihoskan oleh Jihan Muse dan Nabil Ahmad bersiaran secara langsung pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104).
Sumber : Astro Gempak