“Kalau Ibu Dia Bagi Lampu Hijau, Maka Ada Jodoh Kami” – A.Aida Akui ‘Rapat’ Dengan Wak Doyok

Hiburan

“Kalau Ibu Dia Bagi Lampu Hijau, Maka Ada Jodoh Kami” – A.Aida Akui ‘Rapat’ Dengan Wak Doyok

Terdahulu, usahawan dan juga ikon fesyen terkenal iaitu Wak Doyok telah mengundang spekulasi orang ramai selepas memuat naik gambar mesra bersama penerbit, Datuk A. Aida di laman Instagram.

Menerusi hantaran tersebut, Wak atau nama sebenarnya Mohd Azwan Haji Mohd Nor dipeluk erat oleh A.Aida ketika menyambut ulang tahun kelahirannya.

Advertisement

Terkini, A.Aida atau nama sebenarnya Zaidah binti Awang mengakui Wak merupakan rakan lelakinya yang sangat rapat, namun enggan mengulas lanjut soal jodoh.

Kami sudah lama kenal. Wak adalah best friend forever dan sangat penyayang.

Mengenai sejauh mana perhubungan kami, saya tak nak komen, tetapi doakan sajalah. Sekiranya ada jodoh, ada lah…

Bagaimanapun, penerbit berusia 52 tahun itu mengakui Wak merupakan seorang lelaki yang suka bergaya dan itu adalah salah satu ciri-ciri pasangan yang disukainya.

Saya sukakan lelaki yang bergaya dan pandai menjaga penampilan diri sebab saya pun begitu.

Dalam pada itu, A.Aida berkata dia sedar mengenai kenyataan dikeluarkan oleh ibu Wak yang keberatan menerima menantu berstatus ‘janda’.

Sebab itulah saya hanya berserah kepada jodoh. Sekiranya ibu Wak memberikan lampu hijau, maka ada jodoh kami.

Malah, Ahli Lembaga Pengarah FINAS itu turut memaklumkan setakat ini dia masih belum bertemu dengan ibu Wak lagi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Laki Bini Ke Ni?" - Kongsi Gambar Berpelukan, Wak Doyok & A.Aida Undang Spekulasi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Boom!

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...