Usahawan serta bekas suami kepada penyanyi Adira Suhaimi, Datuk Red meminta agar orang ramai untuk berhenti mengecam bekas isterinya yang tular kerana didakwa melanggar edah dan keluar rumah dalam tempoh tersebut.
Komitmen bulanan terlalu tinggi
Menurut Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu, tujuan Adira keluar ketika tempoh edah itu adalah untuk bekerja dan menyara keluarganya ditambah pula dengan komitmen bulanan yang tinggi. Usahawan ini sendiri mengakui dirinya tidak cukup untuk menampung kos tersebut.
Komitmen bulanan dia memang tinggi. Perlu bayar rumah, kereta, orang gaji dua orang serta tanggungjawab dia dengan maknya di kampung.
Kalau harapkan saya punya jualan dan nafkah memang tak cukup. Jadi, nak tak nak dia kena kerja, dia pun ada syarikat, ada pekerja yang semua mengharapkan pada dia.
View this post on Instagram
Sering kongsi lokasi
Meskipun dia mengakui perbuatan tersebut tetap salah, namun Datuk Red menegaskan tindakan Adira adalah untuk mencari rezeki semata-mata. Malah, usahawan ini turut mendedahkan bawah bekas isterinya sering berkongsi lokasi dengannya jika keluar dari rumah.
Dia keluar rumah walaupun pergi ke kedai depan rumah pun dia akan hantar live location pada saya, dia akan update saya. Niat dia hanya satu, mencari rezeki.
Kalau dia pergi show, habis persembahan dia terus pulang. Dia takkan singgah mana-mana jumpa kawan atau apa.
View this post on Instagram
Sekadar info, pada 23 April lalu Adira telah sah bercerai dengan Datuk Red dengan talak satu dan bersetuju untuk tidak menuntut sebarang nafkah idah dan mutaah daripada bekas suaminya yang sedang berdepan dengan masalah kawangan.