Ini adalah satu kenyataan yang tidak masuk akal oleh Miera Liyana. Walaupun seakrab mana hubungan seorang wanita dengan seorang lelaki, rasanya kalau depan mata berbikini, sedikit sebanyak pasti ada rasa kurang selesa dan menimbulkan nafsu. Bagi Abang Nara, walaupun Miera Liyana menganggap hubungannya dengan Fizz Fairuz seperti adik beradik, ia sekadar anggapan semata-mata. Bukannya betul-betul ada hubungan pun. Tak gitu?
Kenyataan penuh kontroversi ini dikeluarkan oleh Miera Liyana kerana ada babaknya dengan Fizz Fairuz di dalam filem Dendam Orang Mati yang menyaksikan dirinya berlakon sambil berbikini di samping suami Almy Nadia itu. Penggambaran filem ini dilakukan 2 tahun lepas ketika Miera berusia 19 tahun. Kata Miera:-
Miera dengan Fizz, kami dah banyak kali berkerjasama. Jadi kami dah seperti adik beradik. Maka, kalau dia tengok saya pakai bikini masa itu pun dia tak ada nafsu, dah macam tengok adik sendiri.
So far, tak ada rasa kesal ke apa. Semua itu Miera anggap sebagai pengalaman untuk jadi lebih baik selepas ini. Ketika itu Miera masih muda dan apa yang dalam fikiran hanya nak berlakon bersama dengan pelakon hebat
Namun mungkin juga Fizz Fairuz dan Miera Liyana benar-benar profesional dan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pelakon. Tak ada timbul bab-bab tergoda ini. Apa pun, kalau korang rasa nak tengok aksi berbikini yang dimaksudkan oleh Miera Liyana, kenalah tonton filem Dendam Orang Mati ini kelak. Sumber OhBulan.