Biarpun sebelum ini pernah dihujani dengan kecaman, pasangan ‘sweet’ Da’i Syed dan isteri, Hana Ismail seakan-akan tidak kisah dan tetap selamba kongsi video menari mereka di media sosial.
Susulan itu ramai netizen meluahkan rasa meluat melihat pasangan tersebut dan seorang pengguna TikTok tampil membuat satu video menyelar tindakan pendakwah bebas itu memaparkan hal tidak sepatutnya kepada umum biarpun mereka pasangan suami isteri.
Menurutnya, memaparkan video romantis di media sosial bukanlah budaya Islam, apatah lagi ia juga merosakkan imejnya sebagai pendakwah dan watak Islamik.
Bahkan, individu itu berkata dayus seorang suami kerana dengan rela membiarkan isteri melakukan maksiat dan tidak menegur tindakan tersebut.
Walaupun tidak menyebut nama pasangan tersebut, netizen seakan dapat ‘menangkap’ siapakah individu yang sedang diperli oleh pengguna TikTok itu.
Bukan itu saja, dalam hantaran lain, individu itu menegaskan bahawa bezanya seorang lelaki yang memelajari agama Islam dan faham mengenai agama.