“Kalau Dulu Terselak Sana Sini, Sekarang Tutuplah”- Noorkhiriah Berubah Perlahan-Lahan

Hiburan

“Kalau Dulu Terselak Sana Sini, Sekarang Tutuplah”- Noorkhiriah Berubah Perlahan-Lahan

Menggayakan imej bertudung labuh dan patuh syariah, pelakon Noorkhiriah berpendapat semua orang perlu diberi peluang kepada diri sendiri agar mampu berubah ke arah yang lebih baik.

noorkhiriah

Advertisement

Meskipun mengakui dirinya masih belum sempurna, namun Khiriah dikhabarkan menjadi inspirasi ramai muslimah di luar sana apabila gaya penmapilannya sentiasa menjadi ikutan.

Bahkan, menurut Khiriah setiap orang mempunyai hak untuk berubah secara perlahan-lahan supaya mempu mengekalkan diri untuk terus istiqamah.

https://www.instagram.com/p/CAxl_GlFxOW/

Khiriah bagaimanapun turut berpesan kepada wanita di luar sana andai sebelum ini mengenakan pakaian yang menjolok mata, maka perbaikilah selagi masih mempunyai peluang.

“Kalau dulu terselak sana sini..skrg tutuplah..mgkn yg muda tak rasa lagi tp bdoalah bila tua ada rasa MALU..harap SEMPAT..kita berhak merubah diri kita sendiri.”

Kata Khiriah dalam perkongsiannya di laman Instagram, setiap manusia mempunyai kisah lampau mereka, justeru menyeru orang ramai supaya tidak memandang rendah kepada sesiapa.

noorkhiriah

Dalam pada itu, Khiriah turut memuat naik foto perubahan imejnya sekita awal penghijrahan sehingga kini. Ia secara tidak langsung menggamarkan perubahannya dari bertudung singkat hingga seakan sempurna menutup aurat.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya menzahirkan rasa syukur melihat perubahan pelakon itu. Malah tetap kagum dengan proses yang dilakukan Khiriah serta berharap mampu mengikuti jejak langkah Khiriah dalam berpakaian suatu hari nanti.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...