Walaupun nama penyanyi ini sudah tidak banyak diperkatakan oleh orang ramai seperti dulu, namun Mawi selesa dengan kehidupan yang dilaluinya sekarang ini.
Menurut Mawi, dia beranggapan populariti serta kemasyuran yang diraihnya selepas memenangi tempat pertama dalam program realiti, Akademi Fantasi musim ketiga pada tahun 2005 adalah rezeki yang sudah tertulis oleh Allah SWT buatnya.
Dalam pada masa yang sama, penyanyi yang popular dengan lagu Kian itu berkata sewaktu zaman kegemilangannya dulu, dia sejujur tidak bersedia dan tidak terfikir akan menjadi antara nama-nama penyanyi yang ‘besar’.
View this post on Instagram
Kalau dulu memang tak boleh jadi diri sendiri. Hidup saya diganggu pada waktu malam sampai tak boleh tidur.
Penyanyi yang kini juga sudah bergelar sebagai penyampai radio Zayan FM berkata, segala gelaran seperti gelombang Tsumawi, Mawi World, Mawimania dan Raja SMS bukan keluar daripada mulutnya, namun diberikan orang luar yang meminati dirinya.
Sekadar info, kejayaan Mawi pada tahun 2005 telah mencetuskan fenomena luar biasa apabila beliau berjaya menewaskan penyanyi popular tanah air, Datuk Siti Nurhaliza di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH).
Selain itu, kami kongsikan beberapa artikel trending pada pautan di bawah.