Pensohor media sosial yang kini bergelar pelakon baru, Ms Pui Yi mengakui dirinya agak gemuruh untuk menantikan maklum balas daripada penonton mengenai lakonannya dalam filem Pulau yang mencetus kontroversi baru-baru ini.
Menurut pemilik nama Siew Pui Yi ini, dia berasa positif dan merasakan ramai yang teruja untuk menontonnya di pawagam.
Dia yang memang terkenal dengan personaliti ghairah dan seksi di media sosial itu juga mengakui bahawa dia tidak terlalu ‘ambil pusing’ tentang gelaran simbol seks yang diterimanya dari sesetengah pihak.
Tentang simbol seks itu saya tak mahu ambil pusing. Saya sebenarnya tiada masalah untuk melakonkan watak atau imej seksi dalam lakonan.
Bagaimanapun, kalau beraksi erotik dalam platform lain saya dah tak lakukannya lagi. Sekarang fokus saya lebih tertumpu sebagai seorang DJ kelab malam.
Pui Yi berkata dia akan muncul dalam beberapa filem lain selain kariernya sebagai penerbit muzik.
Terdahulu, filem Pulau yang turut menampilkan Ms Pui Yi serta beberapa pelakon lain seperti Amelia Henderson, Alif Satar, Ikmal Amri dan Namron itu menerima kritikan hebat daripada sesetengah pihak gara-gara pelakon wanitanya yang tampil berpakaian menjolok mata dan kurang sopan dengan budaya timur di Malaysia.