“Kalau Diberi Peluang Satu Hari Nanti, Saya Nak Mengarah Atau Menerbitkan Filem” – Eyka Farhana

Hiburan

“Kalau Diberi Peluang Satu Hari Nanti, Saya Nak Mengarah Atau Menerbitkan Filem” – Eyka Farhana

Pelakon Eyka Farhana akui rasa bertuah apabila rezeki dalam bidang lakonan tidak putus dan terus dihujani pelbagai tawaran demi tawaran apabila mendapat kepercayaan daripada syarikat produksi dan stesen televisyen.

Eyka Farhana
4 years ago

Pakai Pakaian Menjolok Mata, Eyka Farhana Kena 'Sekolah' Dengan Netizen

Advertisement

Namun, Eyka Farhana atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi berkata dia enggan terus berasa selesa dengan setiap rezeki yang diterima.

Eyka, 26, memaklumkan bahawa dia sudah memasuki tahun kesembilan dalam industri seni, dan akui rasa sangat bersyukur dan bertuah kerana masih diberi peluang untuk terus membawakan karakter-karakter yang berbeza.

Perjalanan selama sembilan tahun dalam industri lakonan adalah proses untuk saya belajar menjadi lebih baik. Saya akui banyak kelemahan yang perlu diperbaiki.

Pelakon Pretty Little Liars itu berkata dia selalu rasa karakter yang dibawakannya boleh dijayakan dengan lebih baik dan banyak lagi perkara yang perlu ditimba untuk menjadi aktres yang bagus.

Eyka Farhana

Eyka turut menyimpan keinginan untuk bergelar penerbit atau pengarah satu hari nanti.

Tapi bukan dalam waktu terdekat, sebaliknya saya sekadar menyimpan impian saja.

Bidang lakonan ini adalah satu kerjaya yang perlu digalas sebaik mungkin. Eyka meluahkan bahawa dia amat menyukai kerjaya ini dan ia sudah sebati dalam dirinya.

‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...