“Kalau Dia Tak Datang, Tak Perlu Saya Terhegeh-Hegeh Cari Dia..” Lufya Omar Nafi Halang Bekas Suami Jumpa Anak

Hiburan

“Kalau Dia Tak Datang, Tak Perlu Saya Terhegeh-Hegeh Cari Dia..” Lufya Omar Nafi Halang Bekas Suami Jumpa Anak

Pelakon Lufya Omar tampil menafikan dakwaan bahawa dia menghalang bekas suami, Che Muhammad Hafiz Che Baharum daripada berjumpa dengan anak mereka, Laana Haura.

Perkara tersebut dibangkitkan Lufya apabila dia menerima soalan mengenai isu tersebut ketika membuat sesi ‘Ask Me Question’ di ruangan Instagram Story miliknya,  baru-baru ini.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Lufya (@lufyalaana)

Ujar Lufya, dia tidak pernah menghalang Hafiz mahupun keluarga bekas suaminya itu daripada berjumpa Laana dan telah mencuba sehabis baik untuk kepentingan serta kebahagiaan anak mereka.

Tambah pemilik nama Lutfya Sheikh Omar,37, ini lagi, dia tidak perlu ‘terhegeh-hegeh’ untuk memaksa Hafiz datang bertemu anak mereka jika dia sendiri tidak mahu.

Lufya OmarSumber : Instagram Lufyaa Omar  

“Kalau dia (Hafiz) dan keluarganya sendiri tak datang, perlu ke saya terhegeh-hegeh mencarinya lagi? Jawab di akhirat nanti. Sekian.” tulisnya di hantaran tersebut.

Terdahulu, Lufya pernah meluahkan rasa bimbang kerana kekurangan tawaran pekerjaan kerana perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan kerajaan.

Dia dilihat telah menzahirkan perasaan susah hati kerana tiada pendapatan untuk membayar komitmen termasuklah perbelanjaan anaknya yang ditanggung seratus peratus.

View this post on Instagram

A post shared by Lufya (@lufyalaana)

“Kerja tidak ada, nak bayar macam-macam, anak pun 100 peratus kita tanggung. Susah hati jangan cakaplah. Tapi Allah S.W.T mendengar doa hambanya. Satu-satu rezeki Allah S.W.T datangkan dengan mencurah-curah..”

Dia dalam pada itu turut memberikan kata-kata semangat buat wanita yang senasib dengannya agar terus kuat dan terus berjuang untuk anak-anak.

Sekadar info, Lufya dan Hafiz telah mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Laana Haura yang kini berusia empat tahun.

Pasangan ini kemudiannya mengambil keputusan untuk bercerai pada 17 Jun 2020 lalu bertempat di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...