Baru-baru ini, ada khabar angin yang mengatakan penyanyi terkemuka, Ziana Zai telah pun menamatkan zaman jandanya dengan seorang individu bernama Ustaz Taufik. Namun pihak Ziana telah tampil menafikan dakwaan tersebut.
Hanya tujuan promosi
Berdasarkan kenyataan daripada pengurusnya, Alin berkata bahawa gambar yang memulakan spekulasi ini hanya lah atas dasar promosi bagi sebuah projek akan datang dan di muat naik oleh seorang jurusolek terkenal yang turut bekerjasama.
Dengan Ustaz Taufik memang tiada apa-apa hubungan. Bukan adik mahupun kekasih. Dia hanya seorang peminat yang menjalankan perniagaan agensi pelancongan.
Ziana sampai sekarang masih sendiri dan solo. Kalau dia nak kahwin, tidak akan senyap-senyap tanpa pengetahuan orang ramai.
View this post on Instagram
Peminat lebih tahu
Tambahan pula, Alin turut menegaskan bahawa tiada apa yang perlu dibimbangkan berkenaan dengan gambar berbusana pengatin yang tular itu. Menurutnya, peminat Ziana Zain akan tahu itu hanyalah bagi promosi untuk sesuatu dan bukan kerana ingin berkahwin.
Saya rasa peminat tegar Ziana tahu gambar itu untuk apa. Bukan sedang menanti hari bahagia tapi demi kelangsungan karier dalam dunia seni.
Zaman sekarang, kita pun pandai juga bergimik. Nak tak nak, memang perlu ‘join sekaki’. Orang nak berspekulasi, itu terpulang kepada mereka.
@iambobocinta ♬ beautiful in white – april101990
Sebelum ini, sempat tular di media sosial memaparkan Ziana yang cantik berbusana seperti pengantin serba putih serta kapsyen yang turut mengundang spekulasi tentang ‘pernikahan’ penyanyi itu.