Pengarah dan penerbit filem, Ahmad Idham mempunyai caranya tersendiri sebelum mengambil seseorang pelakon untuk membintangi naskhah arahannya.
Menurut Ahmad Idham, dia enggan mengambil selebriti berperangai diva untuk bekerja dengannya kerana mahu memastikan semua perkara berjalan lancar di set penggambaran.
Bagi mengelakkan perkara itu daripada berlaku, dia sendiri akan menyiasat tentang perangai seseorang artis daripada rakan penggiat seni mahu pun wartawan sebelum memberikan tawaran berlakon.
Jika kekwat saya tidak mahu. Saya enggan ambil risiko jika berlaku perkara tidak diingini semasa penggambaran.
Bagaimanapun, dia menganggap sesetengah selebriti bersikap sombong kerana enggan menjadi mangsa buli oleh production house itu sendiri.
Pengarah Adnan Sempit itu juga turut mencuba untuk memahami sebab di sebalik sesetengah selebriti berperangai kekwat.
Mungkin bukan salah dia, sebaliknya suasana di set penggambaran memandangkan ada rumah produksi yang ‘sidai’ artis sampai 4 jam. Bila penggambaran habis tengah malam, esok panggil artis awal pagi tanpa cukup rehat. Saya juga tak mahu salahkan artis 100%.