“Kalau Dia Jemput, Saya Datang” – Adam Shahz Nafi Cemburu Fatin Afeefa Bakal Kahwini Kekasih Jutawan

Hiburan

“Kalau Dia Jemput, Saya Datang” – Adam Shahz Nafi Cemburu Fatin Afeefa Bakal Kahwini Kekasih Jutawan

Sebelum ini, tular di rata-rata media sosial mengenai sebuah foto memaparkan pelakon jelita, Fatin Afeefa bersama seorang lelaki dipercayai kekasihnya.

Menerusi foto tersebut, Fatin dilihat mesra memegang tangan teman lelakinya yang juga dikatakan merupakan seorang jutawan.

Advertisement

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen telah membuat andaian inilah punca sebenar mengapa bekas suaminya, Adam Shahz ‘meroyan’.

Bukan itu sahaja, segelintir warga net turut mendakwa Adam seakan-akan tidak senang duduk melihat Fatin yang kini sudah semakin bahagia dan bakal mendirikan rumah tangga bersama lelaki lain.

Tampil menafikan dakwaan tersebut, Adam atau nama sebenarnya, Nor Shah Azli Abdol Ghani berkata dia tidak lagi ambil peduli kehidupan peribadi bekas isterinya itu selepas mereka berpisah.

Dekat mana saya cemburu? Itu kehidupan masing-masing, dah 5 tahun pun bercerai.

Malah, pelakon siri drama Juvana itu berkata, dia juga tidak ada masalah untuk hadir ke majlis perkahwinan bekas isterinya itu sekiranya dijemput.

Saya tak ada isu. Dia nak kahwin, kahwinlah. Demi Allah! Kalau dia jemput, saya datang.

Bagaimanapun, Adam mendakwa sejak konflik antara mereka berlaku, dia sukar bertemu anaknya, Ivy Herra Sophia dan membuat keputusan untuk mengambil tindakan mahkamah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Patut Lah Ex Meroyan" - Jalan Pegang Tangan, Tular Foto Fatin Afeefa Dengan Kekasih Jutawan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...