Kalau Dah Tahu Palsu, Kenapa Awie Tak Usaha Pergi Daftar? – Rozana Misbun

Hiburan

Kalau Dah Tahu Palsu, Kenapa Awie Tak Usaha Pergi Daftar? – Rozana Misbun

Nampaknya Awie dan Rozana Misbun kini saling berbalas-balas kenyataan. Tak tahu pihak yang mana satu bercakap benar. Bila baca kenyataan mereka berdua, masing-masing yakin kebenaran berpihak pada diri mereka. Semalam Awie telah mendedahkan beberapa perkara yang agak mengejutkan, kali ini Rozana tampil membela dirinya.

rozana misbun dan awie

Advertisement

Untuk makluman, Rozana memaklumkan yang dia sudah 7 bulan hidup tanpa mendapat nafkah daripada Awie yang masih merupakan suaminya. Kata Rozana:-

Bertitik tolak untuk mendapatkan salinan surat nikah bagi urusan naik mahkamah lain pula cerita yang timbul apabila saya mendapat tahu perkahwinan kami tak didaftarkan secara sah.

Berpandukan surat nikah yang didaftarkan di Pulau Pinang, selepas siasatan dilakukan memang surat nikah perkahwinan saya dan Awie palsu.

Nombor siri surat nikah itu turut digunakan pasangan lain. Ia memang bertindan. Tapi menurut kenyataannya sebelum ini jika dia sudah tahu sijil nikah itu palsu, takkan tak ada usaha untuk daftar pernikahan.

“Kenapa dia terus memperbodohkan mahkamah dan tidak mengaku saja sudah ditipu ejen. Kenapa nak terus berdolak dalik kalau sudah tahu sejak bulan lalu.

Tentang dakwaan AWie yang dirinya tidak berusaha untuk pergi bertemu anak-anak mereka, Rozana Misbun ada jawapannya sendiri. Terang Rozana:-

Komunikasi saya dan anak-anak memang dihalang. Dia (Awie) buat undang-undang hanya dua jam saja masa saya dengan anak-anak untuk setiap Sabtu minggu pertama dan minggu ketiga. Berjumpa anak pula di rumahnya yang disewa sejak dulu.

Orang gila saja sanggup serah nyawa ke tempat di mana dia pernah kena pukul. Siapa yang nak pisahkan anak sebenarnya. Kalau dia pertikai saya keluar rumah, saya keluar bukan suka-suka tapi atas faktor keselamatan diri.

rozana Apabila diminta mengulas tuduhan Awie yang menyatakan dirinya curung, Rozana berkata:-

Biar satu hari nanti, kuasa Tuhan akan menunjukkan siapa yang curang sebenarnya. Jangan terlalu membuka aib dan menuduh orang kerana kelak aib dan segala tuduhan itu timpa balik kepada diri sendiri.

Pada pandangan Abang Nara, mungkin Awie dan Rozana boleh berdiam diri dan tidak lagi mengeluarkan kenyataan kepada media. Tunggu perbicaraan di mahkamah je baru keluarkan segala isi hati. Takut-takut kenyataan sekarang akan digunakan oleh peguam ketika perbicaraan. Apa pula kata anda? Sumber Berita Harian.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...