Nora Danish dan Nedim Nazri sudah lama juga bercinta, sering bersama hampir setiap masa dan bercuti bersama, ramai yang bertanya bila agaknya pasangan ini akan berkahwin. Ada timbul desas-desus yang mengatakan hubungan mereka tidak mendapat restu bapa Nedim.
Terbaru, menerusi satu kenyataan di portal Sinar Harian, Datuk Seri Nazri Aziz nampaknya sudah memberi restu untuk anaknya dan Nora berkahwin. Malah, Nazri juga berkata beliau tidak membezakan darjat.
Mereka sudah besar, kalau dah sama-sama suka, kahwin sajala. Saya tidak ada ‘double standard’ terpulanglah kepada mereka, semuanya dah besar-besar.
Dua-dua pernah kahwin dan ada anak. Tak ada kasta, masing-masing sama saja.
Wah, big boss dah bagi dah lampu hijau, apa tunggu lagi Nedim? Cepat-cepatlah jadikan Nora Danish yang halal buat anda. Lepas ini, kalau hendak pergi mana-mana pun tiada siapa yang akan kritik lagi.