Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Kalau Dah Jodoh Awal Saya Redha..” Sharifah Zarina Tak Kisah Anak Naik Pelamin Awal Di Usia Muda

Penyanyi Sharifah Zarina memberitahu bahawa dia tidak akan menghalang jika anak-anaknya kahwin di usia yang muda, jika sudah sampai jodoh mereka.

Jelas Zarina, dia redha namun sebaiknya dia mahu anak-anaknya terjamin kehidupan dan stabil sebelum membuat keputusan untuk berkahwin ketika masih muda.

Advertisement

Memberi contoh anak kesayangannya, Athalia, dia sama sekali tidak membantah namun melihatkan kehidupan anaknya itu kini, Zarina berasa kagum kerana dia sentiasa mencari pendapatan sendiri kerana dari kecil anaknya itu suka melibatkan diri dalam dunia perniagaan.

View this post on Instagram

With @alvinchong123 @officialathalia @bryanbonthebeat

A post shared by Sharifah Zarina (@sharifahzarina_official) on

“Kadang-kadang ada baiknya dia teruskan hidup dia apa yang ada sekarang ini dulu, cari duit dan pelajaran sebanyak mungkin. Jadi apabila sampai masa dia nak kahwin dan dah betul-betul established, selepas itu kalau dia nak kahwin terpulanglah. Saya tiada masalah dan saya redha,”

Advertisement

Sebelum ini, Zarina pernah dikritik netizen kerana menghasilkan video TikTok yang seolah-olah memberi galakan kepada golongan muda supaya segera berkahwin awal.

View this post on Instagram

Impromptu dinner with my brother @sm_alqadry n SIL to be. Rezeki dapat jumpa @nabila.razali makan kat tempat yg sama. ??

A post shared by Sharifah Zarina (@sharifahzarina_official) on

Sekadar info, Zarina telah mendirikan rumah tangga bersama Buswani Abdillah pada umurnya berusia 21 tahun dan kini bahagia dengan kehadiran tiga cahaya mata iaitu Athalia Deena, Ariana Deena dan Alfenriz Habeeb.

Sumber : Astro Gempak

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. Miyaa

    November 6, 2020 at 10:40 pm

    Apa kau tudung cam rahib eh

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top