“Kalau Dah Gatal Atau Mahu Menempek Kesenangan, Tak Payah Guna Alasan Jumpa Depan Kaabah”

Hiburan

“Kalau Dah Gatal Atau Mahu Menempek Kesenangan, Tak Payah Guna Alasan Jumpa Depan Kaabah”

Kontroversi perkahwinan pemenang program Da’i Pendakwah Milenia 2014, Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad, 29, dengan seorang wanita yang dikenali semasa menjalankan tugas membawa orang ramai menunaikan umrah di Makkah masih hangat diperkatakan.

Mendakwa keputusannya mengahwini wanita bernama Noorainul Naqim Mohd Radzi yang berusia 40-an sebagai ketentuan Allah, Farhan juga telah menceraikan isteri pertamanya, Fatin Nurul Ain Mat Aris, 30 kerana tidak dapat menerima Noorainul sebagai madunya.

Advertisement

Setelah itu, semakin banyak kisah mengenai isteri baru Farhan tersingkap, antaranya dakwaan melarikan kereta, memfitnah dan tidak membayar kerja pengubahsuaian hospital dan status doktor perubatan yang diragui.

Terbaru, pendakwah dikenali ramai, Mohd Ridhuan Tee Abdullah, telah menulis di Facebook membidas penceramah hasil program televisyen realiti kerana asyik terlibat dengan kontroversi.

Tulisan Ridhuan kini mendapat 9,900 tanda suka dan lebih 3,100 perkongsian dan jumlah komen pula mencapai hampir 900.

Setakat ini Farhan tidak memberi sebarang reaksi terhadap teguran-teguran yang dibuat kepadanya, dan tidak membuat sebarang kenyataan permohonan maaf walaupun dituntut oleh rakan baik bekas isterinya iaiatu Ches Al-Maliki setelah menuduh wanita itu memfitnah. – beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...