Penyanyi baru, Beby Acha menjelaskan bahawa tindakannya bergelek ketika menyanyi tidak keterlaluan atau melampau seperti dakwaan sesetengah pihak.
Beby Acha atau nama sebenarnya Nur Aishah Md Shari ini yang ditemui media menjelaskan bahawa bergelek di atas pentang memang sinonim bagi mereka yang menyanyikan lagu bergenre dangdut.
Katanya lagi, jikalau seseorang yang menonton itu sudah bernafsu atau cepat berasa ghairah, tiada apa yang boleh dilakukan lagi.
Pada saya, soal menari gelek mengghairahkan ini bergantung kepada pandangan penonton itu juga. Kadang-kadang pakai baju biasa saja dan hanya berdiri tegak pun, ada juga yang cakap ghairah.
Jelas Acha, ini semua hanya ‘pandangan mata’ masing-masing yang menonton dan melihat sesuatu perkara.
Perkembangan terkini, adik kepada Allahyarham Achik Spin ini telah muncul dengan single terbaharu Uda Dan Dara di mana ia turut terpilih untuk menjadi lagu OST drama Ada Apa Dengan Saka di TV9.
Terdahulu, Beby Acha telah dikecam kerana berkelakuan seksi kerana bergelek di atas pentas ketika persembahan.
Dia juga pernah dikritik mengeluarkan lagu berjudul Jerung Merah yang didakwa mempunyai unsur lucah dalam penghasilan video muzik berkenaan.