Pelakon dan juga pengacara, Janna Nick menzahirkan perasaan marah dan tidak puas hati apabila kerajaan enggan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara penuh bagi mengekang penularan COVID-19 yang semakin membimbangkan kala ini.
Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner berkongsikan luahan perasaan kecewa tersebut menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya.
View this post on Instagram
Ujar Janna, mereka yang bekerja terpaksa keluar rumah kerana mencari rezeki namun terdedah kepada jangkitan wabak tersebut.
“Self lockdown? Ntah la nak. Kalau company tu bapak kita punya bolehlah self lockdown. Kalau tak, selagi tak positif selagi tu lah terpaksa keluar bekerja. Lagi satu, ingat berlakon ni boleh pakai mask ke? Ntah la, bukan nak merungut, kita ni risaukan orang lain, family. Takut kita ni jadi silent carrier..”
Tambah pelakon drama Marry Me Senorita ini lagi, perlaksanaan PKP 3.0 ketika ini tidak membantu dalam mengurangkan kes jangkitan dan sehubungan dengan itu, Janna berasa hairan dengan keengganan melaksanakan ‘full lockdown’.
View this post on Instagram
Dia dalam pada itu turut mendoakan agar mereka di luar sana yang terpaksa keluar rumah untuk mencari rezeki agar sentiasa selamat dan dikurniakan kesihatan yang baik.
Terdahulu, sebuah sidang media KKM bersama MKN telah diadakan semalam di mana Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan perlaksanaan PKP 3.0 dengan SOP yang lebih ketat.
Dida
May 24, 2021 at 9:31 am
Betul apa yang redha dan janna cakap tu. ..apa yang kerajaan buat ni. .bukanlah untuk rakyat tapi untuk Duit depa. ..buat ajerlah total lockdown. .sewa umah. .segala loan tgguhkan…bil2 tgguhkan selama 3bulan mcm 1.0…yang mana susah bagi bantuan duit. ..EPF sila benarkan keluar untuk pkp 3.0…bila lockdown x rasa sakit. ..inilah namanya kerajaan tlg rakyat..klau time mengundi rakyat tlg kerajaan. …ni selagi ada manusia diluar sana selagi itulah benda ni naik x hbs2. ..india no1. ..npk Sgt kerajaan malaysia otak mcm India jugak. .klau bijak x la kes naik…
redha
May 24, 2021 at 8:41 am
kerajaan lebih takut ekonomi merundum dari kes covid naik mendadak. sebab tu tak buat total lockdown. lepastu majikan majikan ni pun takut sales takda tapi kena bayar pekerja. pekerja pulak takut takda gaji & takut kena buang kerja. semua takut keduniaan tanpa percaya rezeki Allah dah tetapkan. tu pandangan aku lah. semua sebab DUIIITTTTTT.. tu jerrr.. kalau sakit, kuarantin. kalau teruk, mati. tu jela yang kerajaan boleh fikir sekarang ni kot.