“Kalau Cara Elok, Ramai Boleh Terima..” – Sharnaaz Ahmad Komen Isu DMA Islam Kutuk Jurusan Komunikasi & Seni

Hiburan

“Kalau Cara Elok, Ramai Boleh Terima..” – Sharnaaz Ahmad Komen Isu DMA Islam Kutuk Jurusan Komunikasi & Seni

Baru-baru ini, pelakon popular iaitu Sharnaaz Ahmad tampil bersuara mengenai isu berhubung pempengaruh terkenal, DMA Islam yang sebelum ini mengkritik tentang beberapa jurusan yang disifatkan sebagai ‘bodoh’ di Malaysia.

Menurut Xtra, Sharnaaz atau nama lengkapnya Sharnaaz Ahmad Datuk Basir Ahmad, 39, menyifatkan pempengaruh itu sebagai seorang yang bijak namun cara penyampaiannya yang dianggap kurang ajar.

Advertisement

sharnaaz ahmad

Saya ada ‘study’ video dia tiba-tiba keluar fyp. Sebenarnya apa yang dia cakap tu banyak betul. Budak ni ada otak cuma mungkin perwatakan dan cara percakapan dia buat ramai triggered.

 

Saya tak kata dia cakap itu betul pada golongan artis atau tidak, sama saja semua manusia biasa. Apa yang saya cuba cakap cara penyampaian dia kurang ajar. Kasar tapi ada isi.

Dalam pada itu, pelakon itu berpendapat orang ramai mungkin boleh menerima pandangan DMA Islam sekiranya dia menggunakan cara yang betul.

sharnaaz ahmad

Kalau dia sampaikan dengan bahasa lembut, cara tersusun dan ayat kemas tak jadi masalah. Saya rasa context yang dia sampaikan kepada golongan mana-mana termasuk artis, ada fakta.

Sebelum ini. DMA Islam menjadi bualan ramai selepas dia bertindak melabel beberapa jurusan pengajian seperti Komunikasi dan Pengajian Media, Seni Teater, Seni Tari Tradisional sebagai antara jurusan yang paling bodoh di Malaysia.

Kenyataannya itu mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen dan juga selebriti.

1 week ago

"Buang Je Nama 'Islam' Kalau Kau Nak..." - Kutuk Jurusan Seni Bod*h, Aaron Aziz 'Sound' DMA Islam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Xtra

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...