“Kalau Bukan Sebab Korang..” Rahsia Tok Arif Terungkap Di Malam Raya

Branded

“Kalau Bukan Sebab Korang..” Rahsia Tok Arif Terungkap Di Malam Raya

Sentiasa konsisten dengan imej positif, penghujung tahun lalu nama Alif Satar sekali lagi menjadi sebutan selepas beliau berjaya menggerakan gelombang #SubuhMacamJumaat.

Bermula daripada idea mudah mengajak peminat di media sosial menunaikan solat Subuh secara berjemaah di masjid. Ia kemudian menjadi satu gelombang apabila amalan ini diteruskan oleh masjid-masjid di seluruh negara.

Tapi baru-baru ni, terbongkar pula satu video yang memaparkan ‘rahsia’ Alif.

Tok Arif Tinggal Wasiat Misteri Buat Cucu

Bila tiba perayaan Aidilfitri, kampung halaman pasti meriah dengan kepulangan ahli keluarga dan sanak-saudara. Tapi lain sikit bagi watak Alif, apabila Pak Uda mengumpulkan mereka 4 bersaudara untuk melunaskan ‘wasiat’ atuk mereka.

Walaupun permintaan Tok Arif nampak mudah, tapi mereka ditinggalkan dengan tanda tanya di setiap persinggahan. Pergi ke kebun durian, Pak Tam beritahu kebun tu mereka punya. Aik sejak bila?

Tiba di rumah Rumah Kebajikan untuk bagi beras pula, Mak Teh pengurus rumah sudah menanti kehadiran mereka. Tapi paling tak jangka, kawan baik mereka dah tunggu mereka sampai dan dah siap bungkuskan nasi lemak. 

Ada apa-apa ke ni? Kalau korang nak tau apakah perkaitan diantara semua perkara yang terjadi dengan watak Alif, tonton video raya Amal dari Hong Leong Bank ni sampai habis.

Simple tapi penuh makna.

Amalan Baik Hari Ini Adalah Kunci Untuk Rezeki Di Masa Hadapan

Amal yang baik tak semestinya perlu mengeluarkan wang ringgit, mungkin hanya dari perbuatan saja pun kita dah mampu untuk menolong dan berbuat kebaikan kepada orang lain macam watak Alif dengan sepupunya.

Memasuki bulan Syawal yang indah, tinggalkan Ramadan dengan 1001 kebaikan. Merancanglah untuk jadi lebih baik dengan amal yang berguna.

Jika korang ingin memulakan amal kewangan yang bijak, layari https://www.hlb.com.my/raya.

Hong Leong Bank mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...