“Kalau Boleh Takyah Lah…” – Tak Kisah Kalau Jodoh Datang, Warganet Tak Setuju Shuib Kahwin Baru

Hiburan

“Kalau Boleh Takyah Lah…” – Tak Kisah Kalau Jodoh Datang, Warganet Tak Setuju Shuib Kahwin Baru

Baru-baru ini memuat naik video tentang arwah isterinya Siti Sarah, pelawak Shuib tidak henti-henti dikenenkan dengan beberapa selebriti oleh peminat.

Menurut sumber, Shuib pernah memaklumkan bahawa dia tidak mempunyai sebarang masalah jika calon isteri yang menggantikan tempat arwah adalah dari kalangan orang biasa.

Advertisement

Namun, perkara itu diselar oleh seorang warganet yang tidak bersetuju sekiranya Shuib mendirikan rumah tangga sekali lagi kerana perkara tersebut seakan-akan menduakan arwah Siti Sarah.

Sumber : xtra 

Selain itu, ada juga yang beranggapan menjadi seorang ibu tiri mempunyai risiko yang tinggi dan sering kali akan dipersalahkan kerana tindakan ibu tiri akan selalu dipertikaikan.

Tambah individu itu lagi, tanggungjawab seorang ibu tiri adalah sesuatu yang berat dan sukar kerana terpaksa menjaga anak orang lain.

Sumber : xtra 

Walau bagaimanapun, itu hanyalah pendapat netizen dan ajal, jodoh serta pertemuan segalanya terletak di tangan Allah SWT.

Untuk info, Shuib dan Allahyarhamah Siti Sarah mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 dan dikurniakan empat cahaya mata.

2022-08-10 12:04:41

"Selagi Boleh Tunaikan, Cubalah" - Kongsi Video Lama Arwah Siti Sarah, Shuib Nasihat Para Suami Hargai Orang Tersayang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : xtra