“Kalau Boleh Selit, Kita Selit..” Abby Abadi Kongsi Tips Berbaik Dengan Bekas Suami, Norman Hakim

Hiburan

“Kalau Boleh Selit, Kita Selit..” Abby Abadi Kongsi Tips Berbaik Dengan Bekas Suami, Norman Hakim

Masih berhubungan baik dan rapat meskipun jodoh tidak panjang, kemesraan antara pelakon Abby Abadi dan bekas suaminya, Norman Hakim sering menjadi tumpuan warga maya apabila sering memuat naik foto bersama-sama di media sosial.

Keakraban antara dua keluarga ini sering menjadi contoh serta mendapat pujian tentang nilai-nilai silaturrahim yang telah dipupuk sesama mereka.

Advertisement

Menerusi Instagram, Abby dilihat telah tampil memberi sedikit tips tentang cara untuk berbaik dengan bekas pasangan selepas ianya berakhir dengan penceraian, tidak lama dahulu.

Menurut pelakon drama Gerak Khas ini, antara tips yang boleh diamalkan adalah tidak menyibuk dalam kebahagiaan bekas suami dengan isteri baru mereka. Ujarnya lagi, kedua-dua pihak haruslah kurang bertelagah sesama sendiri kerana semua manusia adalah tidak sempurna dan sentiasa mengalah dalam banyak perkara.

Selain itu, menyerahkan segala perkara yang terjadi kepada Allah kerana Dia adalah sebaik-baik penilai.

“Tips untuk berbaik dengan bekas suami atau bekas isteri? Pertama, bagi ambil, tak bagi doa. Kedua kena faham. Lelaki ini tanggungjawab dia besar. Dan kita yang perempuan pun apa kurangnya kan? Jadi bertolak ansur. Kita ada rezeki sendiri, jangan berkira dengan anak-anak. Ketiga, jangan sibukkan kebahagiaan bekas suami dengan isteri barunya. Biarkan mereka. Kalau boleh selit, tumpang rezeki, selit.”

Dalam pada itu, dalam hantaran yang sama, pelakon wanita ini turut meluahkan rasa gembira apabila Norman telah membayar yuran kelas memandu anak sulung mereka, Mohamed Danish Hakim.

Terdahulu, Abby telah mendirikan rumah tangga dengan Norman hakim pada tahun 2002 namun berpisah enam tahun kemudian. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim,18, Marissa Dania Hakim,16 dan Maria Danisha Hakim,13.

Abby kemudian bernikah kali kedua dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar pada tahun 2013 sebelum bercerai sekali lagi setelah 11 bulan berumah tangga sebelum bertemu jodoh dengan suaminya kini, Muhammad Faizal pada tahun 2015.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...