Penyanyi, Aina Abdul memaklumkan sekiranya dia diberikan pilihan, dia tidak mahu bertanding kerana bukan hanya nyanyian yang akan dipertandingkan, kreativiti turut diambil kira.
Kalau boleh saya tidak mahu bertanding.
Penyanyi itu akui ada masanya dia menemui jalan buntu apabila memikirkan kelainan apa lagi yang harus dia tonjolkan.
Hala tuju dalam industri ini kadang-kadang kita tepu. Kadang-kadang kita tak tahu apa lagi kelainan yang kita nak bagi.
Dalam pada itu, penyanyi itu turut berkata dia ingin mengadakan konsert solo untuk menonjolkan segala kreativiti yang dia ada menerusi konsert itu.
Saya nak ada show saya sendiri. Saya nak kreativiti saya tu dihabiskan dalam lingkungan my own show. My solo concert.
Aina turut berkata dia akan lebih berpuas hati sekiranya kreativiti itu ditonjolkon menerusi konsert itu.
Jadi saya kan lebih puas hati. Kalau saya dah buat tu saya tak akan rasa macam ada paksaan. Itu semua kehendak saya sendiri dan itu produksi saya sendiri.
@sitiais462 Apakah lagu Puas Sudah atau Kamu lagu terakhir yang aina akan bawak ke AJL nnti??? Doakan 🥹 #ainaabdul #ajl39 #AJL #puassudah #fypage #fypシ゚ #fypdong ♬ original sound – QNIE COLLECTION
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai mendoakan yang terbaik buat penyanyi itu.