Hos rancangan Malaysia Hari Ini, Anim Ezati sememangnya dikenali dengan personaliti diri yang ceria ketika mengendalikan program bual bicara itu di televisyen.
Namun begitu, Anim baru-baru ini mendedahkan bahawa dia kini bergelar ibu tunggal kepada seorang anak setelah berpisah dengan bekas suami, Mohd Fadli Sahudin pada awal tahun lalu.
Anim menjelaskan bahawa dia dan bekas suami masih berada dalam keadaan baik demi kemaslahatan anak mereka, Yara Alanna Khalsom yang kini berusia 2 tahun.
Pendedahan itu dibuat Anim bertujuan mengelakkan fitnah dan kata-kata negatif di masa hadapan.
Jodoh kami sampai di sini saja. Demi mengelakkan sebarang fitnah, saya terpaksa buka cerita perpisahan ini. Kalau boleh saya tak nak langsung kongsi perkara begini namun saya terpaksa juga.
Kami sudah berpisah pada awal tahun ini. Saya terpaksa rahsiakan dulu kerana ingin menghormati banyak pihak termasuk bekas suami sampai semua reda.
Difahamkan, hak penjagaan anak perempuan mereka adalah di bawah Anim dan dia bersama bekas suami komited untuk menjaga Khalsom secara baik meskipun sudah berpisah.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, Anim tidak menafikan bahawa sukar untuk menempuhi fasa sebagai ibu tunggal.
Ujarnya, dia berasa bangga dan kagum dengan semua ibu tunggal di luar sana yang sentiasa tabah mencari rezeki untuk membesarkan anak masing-masing.
Dia juga mengucapkan terima kasih di atas segala sokongan dan doa yang diterimanya sepanjang menempuhi fasa mencabar dan sukar tidak lama dahulu.
Sekadar info, Anim dan Fadli telah mendirikan rumah tangga pada 28 Disember 2019 dan dikurniakan seorang anak perempuan hasil daripada perkahwinan tersebut.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.