March 20th, 2020

Selepas beberapa bulan menjalin hubungan cinta, baru-baru ini pelakon dan penyanyi Ayda Jebat berkongsi berkongsi saat bahagia menerima lamaran kekasihnya, Nabil Mahir. Lebih istimewa dan bermakna, Nabil melamar Ayda pada ulang tahun kelahiran Ayda yang ke 28 dan lamaran tersebut merupakan satu hadiah yang paling berharga buatnya.

nabil mahir melamar ayda jebat

Mesti ramai yang tertanya bila agaknya mereka bertunang dan kemudian ke fasa seterusnya? Bagaimanapun, menurut Nabil dia dan Ayda tidak mempunyai sebarang perancangan untuk mengadakan majlis merisik atau bertunang.

Semenjak kami mula rapat, kami sudah berjumpa dengan keluarga masing-masing. Selepas saya melamar Ayda, kami memang tidak mempunyai perancangan untuk mengadakan majlis merisik atau bertunang.

nabil mahir melamar ayda jebat

Nabil berkata jika boleh dia mahu terus melangsungkan majlis pernikahan tetapi tarikhnya masih belum difikirkan lagi. Namun, dia berhasrat untuk berkahwin pada tahun ini.

Kalau boleh, saya sendiri mahu terus bernikah dan mengadakan majlis berkahwin tetapi tarikhnya masih belum difikirkan lagi.

nabil mahir ayda jebat

Saya mahu langsungkannya tahun ini juga. Tetapi, semuanya masih belum pasti lagi dan kami akan berbincang dengan keluarga terlebih dahulu.

Rata-rata peminat sudah tidak sabar untuk menanti hari bahagia pasangan merpati dua sejoli ini. Semoga perancangan mereka untuk mendirikan rumah tangga dipermudahkan.

Sumber Berita : Astro Gempak


5 responses to “Kalau Boleh Saya Mahu Terus Bernikah – Nabil Mahir”

  1. nagaganas says:

    Malaysia sibuk pasal Covid 19 and cara membendung, bukan pasal mangkuk 2 ekor ni

  2. Ell you says:

    Takde selera aku tengok ayda ni.

  3. Anonymous says:

    Auuwww.. American style.. Sakai

  4. Abg malek says:

    Xde pwlik pon….ko jer yg pelik sini…org lain kecam sebb perangai x senonoh…bnyak category laa bongok..amek ko

  5. feldegast says:

    Elok la, dah macam laki bini dah.
    Orang Malaysia pelik sikit, benda macam ni dia puja puji sweet bagai.
    Bila Sajat Alif semua habis dia kecam dosa pahala neraka semua.
    Padahal sama je dosa dia.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...