Seperti diketahui ramai, sekarang ini ramai usahawan membayar selebriti ataupun influencer untuk promosikan produk ataupun barang yang dijual oleh mereka kerana lebih mudah diketahui netizen.
Dengan adanya jumlah ribuan pengikut di platform media sosial, ia akan membuat produk mereka mudah di beli serta berleluasa di serata tempat.
Bagaimanapun, terdapat seorang individu di platform Twitter memberi amaran kepada usahawan-usahawan agar tidak mudah percaya dengan selebriti yang mahukan barang percuma.
Janganlah mudah percaya kalau ada artis atau selebriti hendak buat kerja ‘free’.
Mereka kalau boleh nasi lemak dan roti canai untuk sarapan pagi pun hendak di ‘sponsor’ x 7 hari! pic.twitter.com/jgwf36nxjW
— Faizal Riduan (@faizalriduan) February 4, 2023
Di dalam ciapan tersebut, terdapat beberapa foto screenshot artikel selebriti tanpa segan-silu meminta agar diri mereka ditaja dengan percuma.
Ia seakan-akan menampakkan selebriti berkenaan seperti mengambil kesempatan kerana tajaan yang diminta secara percuma itu adalah untuk memudahkan diri sendiri.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat individu berkenaan dan berkata hal ini sering kali berlaku ketika ini, lagi-lagi apabila munculnya influencer di kalangan masyarakat.
Dalam pada itu, mereka turut berpendapat mungkin selebriti ataupun inluencer boleh meminta syarikat besar untuk menaja mereka tetapi bukanlah mengambil kesempatan kepada peniaga-peniaga kecil yang baru saja memulakan perniagaan mereka.