Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Kalau Boleh Nak Pindah Rumah Lain..” Norlia Ghani Kesal Sikap Penduduk PPRT Kurang Berdisplin

Norlia Ghani

Pelakon senior, Norlia Ghani akui berasa ralat dengan sikap sesetengah penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang baginya kurang berdisplin.

View this post on Instagram

A post shared by Norlia Ghani (@norliaghani)

Meskipun mempunyai perasaan seperti itu, kata Norlia bukan bermakna dia tidak berterima kasih dan bersyukur dengan keprihatinan kerajaan memberikannya rumah berkenaan.

Dia yang kini menetap di PPR Cheras bersama seorang anaknya menjelaskan bahawa dia tidak pernah tinggal bersama warga asing yang sering tidak menghormati undang-undang negara Malaysia.

View this post on Instagram

A post shared by Norlia Ghani (@norliaghani)

Advertisement

“Saya serba salah kerana bila saya cakap yang betul nanti, orang ingat saya sombong pula. Nanti dikatanya artis memang mengada-ngada. Saya geram dengan warga asing yang tidak menghormati undang-undang negara kita. Saya tak pernah tinggal di PPR sebelum ini dan kalau ada rezeki memang saya nak pindah ke PPR lain.”

Ujarnya lagi, dia serta penduduk lain sering berdepan dengan masalah parkir dan lif rosak. Kata Norlia, dia yang tinggal di tingkat enam sering berdepan masalah untuk turun naik memandangkan faktor usia dan masalah kesihatan.

Dengan sewa RM124 sebulan, Norlia turut memberitahu bahawa flat tersebut sering ada gangguan seperti aktiviti bertukang dan bunyi bising motosikal pada setiap malam yang sangat menganggu.

View this post on Instagram

A post shared by Norlia Ghani (@norliaghani)

Menjelaskan bahawa dia pernah mengadukan mengenai hal tersebut kepada ketua blok, namun tiada sebarang tindakan diambil.

“Itu yang buat saya kecewa. Apapun, saya gembira dengan penduduk yang okay dan tiada masalah dengan mereka. Tapi sekiranya ada peluanng memang saya nak pindah dan Insyallah akan buat permohonan.”

Norlia turut menyuarakan harapan untuk memiliki rumah PPR tiga bilik kerana ada kala anak cucunya sering bertandang ke rumah.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 Comments

  1. Anonymous

    April 5, 2021 at 10:04 am

    Biasa laaa hidup berjiran… lebih2 lagi duduk rumah flat…
    pindah lah ke rumah flat mana2 pun… gitu gak laa dia punya pesen…
    bertukang tu jangan citer laaa…. tengah malam pun ada yg bertukang…
    belum lagi jenis belanda dapat tanah…. tak cukup depan umah dia sidai baju…
    sampai ke depan umah kita dia duk menyidai baju… semak pemandangan je bila bukak pintu…
    nak marah kang dah tua… rumah kata pergi, kubur kata mari…
    haaa…. teremosi pulak… tapi itu lah hidup berjiran…
    kena banyak bersabar… mana tahu… lain hari dia gak yg menolong kita…
    be positive je laa ye…

  2. anonymous

    April 4, 2021 at 4:47 pm

    takkan anak kau tak mampu sewakan teres ka semi d ka..tak paham

Loading...
To Top