Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Kalau Boleh Nak Betulkan Semua!” Adibah Noor Dituduh Sengaja Cari Salah Sebutan Bahasa Inggeris Supaya Tular

Adibah Noor

Personaliti TV dan penyanyi, Adibah Noor sejak kebelakangan ini mencuri perhatian netizen apabila dia sering saja dilihat menegur kesilapan sebutan bahasa Inggeris selebriti serta tokoh politik sehingga menimbulkan perasaan kurang senang segelintir pihak.

Adibah NoorSumber : Instagram Adibah Noor  

Malah, ada yang menuduh Adibah sengaja ingin membuatkan dirinya tular hanya untuk mencari populariti. Ada pula segelintir individu menzahirkan rasa meluat dan menyampah apabila merasakan Adibah terlalu berlebihan dalam mencari ‘kesalahan’ orang yang berpengaruh apabila mereka tersalah menyebut bahasa Inggeris di media sosial.

Advertisement

Namun begitu, Adibah tampil membidas dakwaan tersebut dan menganggap kata-kata yang dilemparkan netizen itu sama sekali tidak akan mematahkan semangatnya untuk mendidik mereka di luar sana mengenai cara sebutan bahasa Inggeris yang betul.

Menurut penyanyi lagu Terlalu Istimewa ini lagi, dia mengakui sengaja menggunakan contoh kesalahan yang dibuat figura terkenal supaya ianya tular namun menafikan sebab dia membuat perkara itu kerana ingin popular atau menjana pendapatan berikutan tiada pekerjaan sepanjang PKP kini.

View this post on Instagram

A post shared by Adibah Noor Mohd Omar ?? (@adibahnoormohdomar)

“Saya menggunakan contoh (kesalahan) figura popular supaya ia viral. Ia bukan untuk saya jadi popular atau nak jana pendapatan kerana tak ada job, tapi saya suka ia viral supaya teguran itu jadi lebih luas. Kalau nak kata saya ambil kesempatan, jawapannya mungkin. Tapi tujuan dan niat saya adalah untuk berkongsi apa yang saya tahu, memperbetulkan sebutan dan bukan nak jatuhkan sesiapa..”

Terdahulu, Adibah Noor dikecam segelintir netizen apabila dia tampil memperbetulkan satu perkataan daripada teks ucapan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri RIna Mohd Harun. Yang Berbahagia sebelum ini kelihatan kekok ketika memberi ucapan dalam bahasa Inggeris dalam sebuah persidangan yang disiarkan secara dalam talian.

YB RIna HarunSumber : Google  

Pelakon drama Kampung People 2 itu juga pernah menegur cara sebutan bahasa Inggeris pembaca berita TV3, Ramzan Mohd Saufi dan penyanyi Haqiem Rusli.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

5 Comments

  1. Anonymous

    February 18, 2021 at 1:32 pm

    Tak boleh fikir yang positif ke? Orang yang lebih tahu tegur…terima lah. Bukanlah mengaibkan…
    Adakah hanya sebab orang yang ditegur itu, VIP? Maka…tak boleh ditegur dan dikata berlagak pandai?

    Adoiii….

  2. Anonymous

    February 18, 2021 at 1:10 pm

    YB Rina ni ada degree dkt US kot. english sampah sgt ni.
    org lain yg english dkt uni biasa pon lg padu dr yb bodoh ni

  3. shekeen

    February 17, 2021 at 10:16 pm

    Rasanya lbh baik dia bt English class je dlm ig dia dr mengaibkan org mcm tu…xkena kt Kita xpe, tp perasaan org yg ditegur secara viral tu mcmn..takut jatuh berdosa plk sbb mengaibkan org n riak.

  4. Dida

    February 17, 2021 at 1:02 pm

    Apa yang adibah buat tu betul pe…..x salah. ..dia tegur betulkan dengan cara yang baik. .benda baik kita ikot..ilmu ni…dia kongsi bersama. .dia x kutuk. .dia perbetulkan mana yang silap. .okey per. …..dapat pahala lagi. .

  5. layan je

    February 17, 2021 at 12:28 pm

    Pada aku, betul lah tindakan dia membetulkan kesalahan. kalau tak, sampai sekarang masih ada yang sebut perkataan perkataan macamtu dengan bunyi B. Debt semua tu. okay lah, ambik yang positif je.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama