Penerbit serta pelakon hebat, Datuk Yusof Haslam tampil mendoakan agar menantunya, Puteri Sarah diberi kesabaran selepas timbul isu seorang individu yang tidak disukai ‘menganggunya’.
Bagaimanapun, Yusof Haslam berkata dia tidak boleh memberi sebarang komen berkenaan isu terbabit secara terperinci selepas berbincang dengan isteri, Datin Patimah.
Saya doakan yang terbaiklah. Kalau boleh, elaklah saman menyaman ini kerana tak ke mana pun saman menyaman ini.
View this post on Instagram
Menurut pengarah hebat itu, dia dan isteri berasa sangat bersyukur perpisahan di antara Syamsul Yusof dan Puteri Sarah diselesaikan dengan cara baik.
Dalam pada itu, apabila ditanya sama ada dia ataupun isteri ada menghubungi Sarah, Yusof Haslam berkata hanya berhubung melalui WhatsApp dan tidak lupa untuk titipkan kata-kata semangat buat menantu tercinta.
Tambahan lagi, Yusof Haslam memberitahu sudah sebulan dirinya tidak berjumpa dengan aktres berkenaan.