Ketua Pemuda UMNO menyatakan sokongan sekiranya kerajaan mahu melaksanakan semula sekatan perjalanan ke luar negara terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang culas membayar balik pinjaman mereka.
Tegas Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, peminjam perlu bertanggungjawab membuat pembayaran hutang kepada PTPTN demi generasi akan datang.
Kita ada tanggungjawab kepada generasi akan datang. Kalau mereka (yang culas bayar balik pinjaman) boleh pergi bercuti ke luar negara, takkan tak boleh bayar hutang, ini prinsip asas apabila berhutang.
Sebelum ini sekatan perjalanan beri impak baik
Beliau mengulas tentang itu susulan kenyataan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mustapha Sakmud di Dewan Negara semalam.
Menurut Mustapha, kaedah melaksanakan semula sekatan perjalanan ke luar negara itu antara langkah yang sedang dipertimbangkan kerajaan bagi memperkasakan bayaran balik pinjaman dalam kalangan peminjam PTPTN.
Ujarnya, sebelum ini sekatan perjalanan dilakukan dan telah memberikan impak yang agak baik dalam proses pembayaran semula sebelum ia dimansuhkan.
Kita sedang mempertimbangkan sama ada kaedah ini adalah kaedah terbaik (kerana) ada juga cadangan kaedah lain untuk pembayaran balik.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.