Melalui akaun Instagram penulis surat layang kes pembunuhan Allahyarham Zulfarhan iaitu Aiman Aufa telah memuat naik foto kenangan kita menuntut di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Dapat dilihat dalam foto-foto yang dimuat naik, terdapat dalam salah satu foto itu ada wajah arwah Zulfarhan yang gembira bersama rakan universitinya.
Tak setuju pendapat UPNM lahirkan pembunuh
Dalam kapsyen foto tersebut, Aiman meluahkan rasa penghargaan buat UPNM kerana telah banyak mengajarnya dari segi ilmu pengetahun serta kehidupan.
Bahkan, tidak setuju dengan pendapat orang ramai yang menyatakan UPNM melahirkan pembunuh, gara-gara terdapat 6 pelaku bekas pelajar UPNM membunuh Zulfarhan ketika menuntut di universiti itu.
Kalau betul UPNM lahirkan pembunuh, mana mungkin senior dan junior boleh lepak sama2 makan semeja. Jujur, sehingga kini saya masih berhubung rapat dan bekerja bersama dengan senior2 saya semasa di UPNM dahulu.
Biarpun dia memuat naik gambar-gambar lama ketika masih menuntut di UPNM adalah tanda solidariti, tetapi netizen yang meninggalkan komen tidak setuju dengan kenyataannya itu.
Rata-rata netizen merasakan pihak UPNM turut bersalah dalam kes Zulfarhan kerana seakan-akan tidak mempedulikan arwah sewaktu dalam kesakitan serta lambat mengambil tindakan hingga menyebabkan kematian pelajar itu.