“Kalau Betul…” – Tersebar ‘Rumor’ Syamsul Yusof Dah Bertunang, Ini Respon Puteri Sarah

Hiburan

“Kalau Betul…” – Tersebar ‘Rumor’ Syamsul Yusof Dah Bertunang, Ini Respon Puteri Sarah

Melalui posting pelakon Puteri Sarah yang terbaru di Instagram Storynya, beliau menunjukkan dirinya telah menerima satu mesej peribadi (DM) daripada pengikutnya memaparkan laporan portal media mengenai suaminya iaitu Syamsul Yusof bakal berkahwin dengan ‘kekasihnya’, Ira Kazar.

Mendapat khabar berita seperti itu, Sarah dengan tenang mengucapkan rasa syukur seandainya berita terbabit benar.

Advertisement

Dalam pada masa yang sama, pelakon wanita terbabit turut sempat meninggalkan pesanan agar tidak melupakan tanggungjawab terhadap anak-anak kepada suaminya.

Bukan sahaja menerima DM daripada pengguna, malah Sarah juga dalam pada masa yang sama dengar khabar angin terbabit daripada orang sekelilingnya.

Melalui temubualnya bersama pihak Harian Metro, Sarah tidak mengambil tahu tentang isu perkahwinan suaminya buat kali kedua kerana terlalu sibuk dengan penggambaran serta mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mengambil berat tentang dirinya.

Terbaharu, Syamsul Yusof menafikan bahawa dirinya sudah bertunang dengan wanita lain.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.

Datuk Yusof Haslam enggan jawab isu anak curang
3 years ago

"Harap Tak Betul.." - Minta Puteri Sarah Pertahankan Rumah Tangga, Yusof Haslam Tak Dapat Tahan Sebak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...