March 9th, 2020

Baru-baru ini kecoh dengan dakwaan mengaitkan nama Datuk Seri Aliff Syukri memukul anak angkatnya, Ameena yang baru sahaja berusia dua tahun untuk tujuan publisiti, “content” untuk melariskan lagi saluran YouTube miliknya. Rata-rata netizen berang dengan tindakannya itu sehingga “menyerang” akaun Instagram usahawan kosmetik itu bagi menuntut penjelasan berhubung isu tersebut.

aliff syukri ameena

Tidak lama selepas itu, pihak polis mengesahkan Aliff telah pun ditahan pada Khamis lalu dan telah dibebaskan dengan jaminan polis pada hari sama sebaik sahaja siasatan ke atasnya selesai dijalankan.

Sejak kes berkenaan hangat diperkatakan di media sosial, ramai juga yang ternanti-nanti kenyataan lanjut daripada isterinya iaitu Datin Seri Nur Shahida. Adakah segala dakwaan berkaitan suaminya memukul anak angkat mereka itu benar?

aliff syukri dera anak angkat

Enggan mengulas lebih lanjut, Shahida mengatakan dia menyerahkan sepenuhnya perkara itu kepada pihak polis. Sebaik-baiknya perkara itu diselesaikan oleh pihak yang berwajib.

Kalau betul salah, biar polis ambil tindakan. Saya tak ada apa nak komen, biar polis buat kerja mereka.

Buat masa ini, Aliff juga tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai kes tersebut dan dinasihatkan untuk tidak melakukan sebarang kenyataan agar tidak mengganggu siasatan polis serta mengeruhkan lagi keadaan. Dia juga memohon netizen agar berhenti membuat sebarang spekulasi.

Terdahulu, menerusi laporan polis yang dibuat oleh pembantu rumahnya, Aliff didakwa telah memukul anak angkatnya dengan menggunakan tangan dan kasut serta dicubit hingga meninggalkan kesan pada badannya. Dia dikatakan melakukan perbuatan itu kerana ingin merakam gelagat anak kecil itu menangis untuk tujuan meraih tontonan tinggi di saluran YouTube miliknya.

Sumber Berita : Harian Metro


3 responses to “Kalau Betul Suami Saya Salah, Biar Polis Ambil Tindakan – Isteri Aliff Syukri”

  1. Capricorn girl says:

    Aku rasa Dato’ Alif ni ada mslh jiwa..dulu masa zmn social media xbrp meluas,dia xde la brperangai bkn² tp sejak bbrpa thn ni perangainya agak ktrlaluan..tmbh pulak bila brkwn rapat dgn si Sajat..asyik nk kjr publisiti je..

  2. aku yg geram says:

    mmg patut polis kne amik tindakan pd org yg bersalah. jgn sudahnye jdi diam je. xde ape2 salah. next time bwt lg si alip tu. dia akan jdi tak takot plk nnti.

    • Anonymous says:

      Dulu kena kontroversi, dia melenting.
      Dah merasa gari dengan polis sekejap, baru senyap alip syukri.. Langit ternyata tinggi bukan gitu dato’?
      “Muhasabah la btol2” is my only advice because I am done lecturing u something simple.

Loading...