Kalau Betul Suami Saya Salah, Biar Polis Ambil Tindakan – Isteri Aliff Syukri

Hiburan

Kalau Betul Suami Saya Salah, Biar Polis Ambil Tindakan – Isteri Aliff Syukri

Baru-baru ini kecoh dengan dakwaan mengaitkan nama Datuk Seri Aliff Syukri memukul anak angkatnya, Ameena yang baru sahaja berusia dua tahun untuk tujuan publisiti, “content” untuk melariskan lagi saluran YouTube miliknya. Rata-rata netizen berang dengan tindakannya itu sehingga “menyerang” akaun Instagram usahawan kosmetik itu bagi menuntut penjelasan berhubung isu tersebut.

aliff syukri ameena

Advertisement

Tidak lama selepas itu, pihak polis mengesahkan Aliff telah pun ditahan pada Khamis lalu dan telah dibebaskan dengan jaminan polis pada hari sama sebaik sahaja siasatan ke atasnya selesai dijalankan.

Sejak kes berkenaan hangat diperkatakan di media sosial, ramai juga yang ternanti-nanti kenyataan lanjut daripada isterinya iaitu Datin Seri Nur Shahida. Adakah segala dakwaan berkaitan suaminya memukul anak angkat mereka itu benar?

aliff syukri dera anak angkat

Enggan mengulas lebih lanjut, Shahida mengatakan dia menyerahkan sepenuhnya perkara itu kepada pihak polis. Sebaik-baiknya perkara itu diselesaikan oleh pihak yang berwajib.

Kalau betul salah, biar polis ambil tindakan. Saya tak ada apa nak komen, biar polis buat kerja mereka.

Buat masa ini, Aliff juga tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai kes tersebut dan dinasihatkan untuk tidak melakukan sebarang kenyataan agar tidak mengganggu siasatan polis serta mengeruhkan lagi keadaan. Dia juga memohon netizen agar berhenti membuat sebarang spekulasi.

Terdahulu, menerusi laporan polis yang dibuat oleh pembantu rumahnya, Aliff didakwa telah memukul anak angkatnya dengan menggunakan tangan dan kasut serta dicubit hingga meninggalkan kesan pada badannya. Dia dikatakan melakukan perbuatan itu kerana ingin merakam gelagat anak kecil itu menangis untuk tujuan meraih tontonan tinggi di saluran YouTube miliknya.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...