“Kalau Betul Hafidz & Athira Kahwin, Selamat Pengantin Baru. Hiduplah Dengan Tenang” – Shuhada

Trending

“Kalau Betul Hafidz & Athira Kahwin, Selamat Pengantin Baru. Hiduplah Dengan Tenang” – Shuhada

Ketika ditemu bual program TV popular, Melodi, Nurul Shuhada dengan nada sebak menceritakan kesakitan dilaluinya ketika dijahit di muka.

Jahit dekat sini (pipi) lagi sakit dari jahit beranak. Sakit sangat-sangat.”

BACA: Shuhada Dedah Insiden Ditumbuk Hafidz Ada Kaitan Dengan ‘Penyondol’ – Mereka Masih Berhubung…”

Shuhada juga ditanya tentang respon Hafidz selepas melihat dirinya sudah berlumuran darah akibat ditumbuk dan jika pelakon itu ada meminta maaf kepadanya.

Jelasnya, dia sendiri tidak tahu bagaimana nak terangkan namun ketika disoal jika dia pernah kena lebih teruk daripada insiden ditumbuk itu, dia menjawab,

Rasanya dia lagi tahu. Saya taknak komen sangat, benda dah lepas. Saya harap perkara ini boleh dijadikan iktibar untuk semua.”

 

Kalau Hafidz & Athira kahwin, tahniah

Dalam pada itu, Shuhada turut berpesan kepada pihak ketiga untuk tidak berasa takut sekiranya betul dirinya bukan punca berlaku pergaduhan tersebut.

Saya sudah serah segala bukti-bukti kepada pihak polis untuk jalankan siasatan. Kalau betul pihak ketiga tidak bersalah, dia tidak perlu takut. Saya memang di pihak yang benar.”

Shuhada juga turut memberi ucapan sekiranya Hafidz dan orang ketiga yang meruntuhkan rumah tangganya, Athira Yuhada akan berkahwin.

Kalau betul Hafidz dan Athira berkahwin saya mengucapkan selamat pengantin baru. Hiduplah dengan tenang dan bahagia dirahmati Allah.”

Advertisement

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Youtube

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...