Kalau Bertudung Susah Nak Berfesyen – A.Aida

Hiburan

Kalau Bertudung Susah Nak Berfesyen – A.Aida

Penampilan Datuk A.Aida yang dilihat tidak bertudung pada Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL 34) mengejutkan ramai.

a.aida buka tudung

Advertisement

Penerbit terkenal itu mengakui tidak lagi mengenakan tudung sejak beberapa bulan lalu. Dia hanya ingin menjadi diri sendiri dan enggan hipokrit.

Tambahnya lagi, keputusan mengenakan hijab yang dibuat sebelum ini semata-mata kerana ingin menghormati dan mentaati permintaan bekas suaminya dan bukan kerana kerelaan hati. Namun, selepas bercerai A.Aida sedar dirinya belum bersedia.

a.aida buka tudung

Saya masih mencari dalaman, doakanlah semoga rohani saya kuat kerana saya tak mahu tipu diri sendiri.

Saya memang sukakan fesyen, bila bertudung banyak fesyen yang terbatas. Tengok je pakaian saya semasa di AJL, kan tak elok kalau pakai dengan tudung. Kini saya rasa boleh menggayakan pelbagai fesyen dengan penampilan sebegini, gaya sedikit terbatas apabila mengenakan hijab.

a.aida buka tudung

Menurut A.Aida, seminggu sebelum berlangsungnya AJL34 dia tidak dapat tidur malam. Memikirkan adakah lebih baik untuk dia menghadiri anugerah itu mengenakan tudung atau dengan imej terkini. Dia mengakui takut dengan kecaman netizen.

Terdahulu, A.Aida mula mengenakan hijab selepas berkahwin pada Julai 2018 dengan pelakon, Ariff Aziz. Bagaimanapun, perkahwinan mereka hanya bertahan selama sembilan bulan sebelum mengambil keputusan untuk bercerai pada April tahun lalu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...