Penampilan Datuk A.Aida yang dilihat tidak bertudung pada Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL 34) mengejutkan ramai.
Penerbit terkenal itu mengakui tidak lagi mengenakan tudung sejak beberapa bulan lalu. Dia hanya ingin menjadi diri sendiri dan enggan hipokrit.
Tambahnya lagi, keputusan mengenakan hijab yang dibuat sebelum ini semata-mata kerana ingin menghormati dan mentaati permintaan bekas suaminya dan bukan kerana kerelaan hati. Namun, selepas bercerai A.Aida sedar dirinya belum bersedia.
Saya masih mencari dalaman, doakanlah semoga rohani saya kuat kerana saya tak mahu tipu diri sendiri.
Saya memang sukakan fesyen, bila bertudung banyak fesyen yang terbatas. Tengok je pakaian saya semasa di AJL, kan tak elok kalau pakai dengan tudung. Kini saya rasa boleh menggayakan pelbagai fesyen dengan penampilan sebegini, gaya sedikit terbatas apabila mengenakan hijab.
Menurut A.Aida, seminggu sebelum berlangsungnya AJL34 dia tidak dapat tidur malam. Memikirkan adakah lebih baik untuk dia menghadiri anugerah itu mengenakan tudung atau dengan imej terkini. Dia mengakui takut dengan kecaman netizen.
Terdahulu, A.Aida mula mengenakan hijab selepas berkahwin pada Julai 2018 dengan pelakon, Ariff Aziz. Bagaimanapun, perkahwinan mereka hanya bertahan selama sembilan bulan sebelum mengambil keputusan untuk bercerai pada April tahun lalu.

nur
February 20, 2020 at 8:38 pm
Bertaqwalah kepada Allah…
Minah
February 20, 2020 at 12:57 pm
Senangnya alasan.. “tgk klu sy berpakaian mcm ni kan x elok klu bertudung” “takut dengan kecaman netizen” makin tua makin x blh fikir. .????? x pa lah enjoyla dgn berfesyen.. kita mati pun kena balut ketat jgk . pakaila ketat2 kt dunia ni.. ??
korok
February 20, 2020 at 12:18 pm
dh tua makcik oi…bau tanah dh…buatnya masa ko tgh posing pakai cmtu Allah tarik nyawa..bukak mata gelap gelita…bajet ko lawa muda makcik…muka pun byk buat…plastik sgt
Anonymous
February 20, 2020 at 8:49 am
dah buka tudung pun tak reti berfesyen macam mana? perut tu buncit nek, pakai lah korset ke. rambut pun gitu kejung je, takda perm ke color ke. kata nak berfesyen