Kalau Berlakon Boleh Cium Perempuan, Cium Isteri Betul Tak Boleh Pulak Letak Dalam Instagram – Ahya Rosli

Hiburan

Kalau Berlakon Boleh Cium Perempuan, Cium Isteri Betul Tak Boleh Pulak Letak Dalam Instagram – Ahya Rosli

Sejak berkahwin, Ahya Rosli tidak segan silu mempamerkan kemesraannya dengan isteri tercinta secara terbuka menerusi laman sosial Instagram. Baru-baru ini anak kepada Normah Damanhuri itu telah memuatnaik gambarnya bercium dengan isteri, tetapi oleh kerana kritikan netizen, gambar tersebut telah dipadamkan. Ingatkan kontroversi telah tamat di situ, namun Ahya Rosli telah tampil mempertahankan tindakannya itu dengan alasan apa yang dilakukan adalah tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

ahya rosli

Advertisement

Ahya Rosli mempersoalkan mengapa apabila berlakon di dalam televisyen, pelakon boleh mencium perempuan yang bukan isteri, tetapi apabila memuatnaik gambar di Instagram mencium isteri yang sah di sisi Islam, ia dipertikaikan oleh netizen. Ahya juga turut berkongsi keratan artikel mengenai bercumbu antara pasangan suami isteri yang sah.

ahya rosli

Tulis Ahya menerusi kapsyen Instagramnya:-

Kalau berlakon dalam tv boleh cium perempuan yang berlakon jadi isteri tu , tapi kalau cium isteri yang betul tak boleh letak dalam instagram.. dia kata islam tak ajar.. pakai otak la nyet sebelum cakap ngan aku

ahya rosli

Namun netizen mempersoalan keratan artikel tersebut yang dipotong separuh. Ramai yang telah memberikan komen dan menasihati Ahya agar tidak menunjukkan kemesraan terlebih walaupun sudah berkahwin. Setakat pegang tangan itu ok lagi, tapi kalau dah sampai bercium bagai, memang kurang manis apabila ditatap orang lain.

ahya rosli
ahya rosli
ahya rosli
ahya rosli
ahya rosli

Biasalah orang baru berkahwin memang teruja nak tunjuk kemesraan masing-masing. Namun janganlah terlalu over sangat. Ada benda yang hanya laki bini perlu tahu. Kalau semua benda kita kongsi di laman sosial, apa lagi yang tinggal untuk dijadikan something special untuk pasangan kan? Banyak cara nak tunjukkan kebahagiaan yang sedang dikecapi dan gambar bercumbu bukanlah salah satu daripadanya. Apa kata anda? Sumber Media Hiburan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

25 Comments

  1. Tk

    August 27, 2019 at 8:30 pm

    Dah kawin Memang la halal dan ko kata tak bertentangan … Tapi simpan la malu tu sikit..

  2. hakak

    August 27, 2019 at 4:40 pm

    dua dua kepam… ehh.. salah.. satu famili dari mak, adik beradik semua kepam.. muka takde seri..

  3. korok

    August 27, 2019 at 2:46 pm

    sori to say la…life laki bini x cm islam…kekonon mat salleh muka cm org asli…yg bini nama acah2 omputih…lg 1 dia ni artis glamer sgt ke..setakat berlakon drama tak seberapa pun…poyo lebih..kakak plak nak mengucap tgk video dia…yg pelik byk plak menyokong

  4. syaitoonnnn

    August 27, 2019 at 2:45 pm

    org kalau dah bodoh sombong tak boleh diajar hati hitam…dia akn tegakkan jgk apa yg dia buat tu semuanya btol..dah engkau pegi post benda2 yg mengundang kecaman..ko nak marah pulak dah lepas tu bila org ckp mcm2…manusia bengong mcm ni tak payah nak kata lebih2…forever bodoh sama mcm kakak dia

  5. Jini

    August 27, 2019 at 2:23 pm

    Mcm bini dia cantik sangat asyik nk post sweet ja.elok la dua2rajin ‘belanja’.

Loading...