September 6th, 2013

Pedas juga pesanan Aidil Zafuan kepada Rita Rudaini selepas penceraian mereka. Namun ia adalah satu pesanan yang boleh dijadikan iktibar untuk kita semua. Sememangnya seorang isteri perlu menjaga maruah dan tidak mengaibkan suaminya.

aidil zafuan rita

Aidil mengakui sedih dengan perceraian itu, tetapi terkilan dengan sikap Rita yang memburukkan namanya melalui media sosial. Menurut Aidil, punca penceraian adalah disebabkan kesilapan mereka dan bukannya kerana kewujudan orang ketiga. Kata Aidil:-

Dia melepaskan geram dengan cara itu sedangkan hal rumah tangga tidak boleh dihebohkan. Apapun dia pernah menjadi isteri dan masih ibu kepada anak-anak saya. Saya sedih dengan perceraian ini, tetapi reda atas apa yang berlaku kerana saya yakin ada hikmah di sebaliknya.

Biarlah masalah ini saya simpan dan tidak perlu orang lain tahu. Namun, saya mahu menasihati Rita, sekiranya ditakdirkan berkahwin lain, tolong jaga maruah suami, jangan sesekali mengaib kan suami. Saya reda dan terima jodoh kami hanya setakat ini saja, tetapi tidak pernah berdendam dengan Rita

rita

Apa pun, tamatlah sudah segala kontroversi, kisah luka dan duka yang melanda Aidil Zafuan dan Rita Rudaini. Semoga selepas ini, tiada lagi kontroversi yang muncul. Semoga mereka berbahagia dengan pilihan ini. Sama-samalah kita doakan.
glutacellP.S: GlutaCell sememangnya berkesan. Hanya 14 hari untuk berubah menjadi lebih cantik dan sihat. Supplemen yang berkualiti tinggi dan HALAL. Memang berbaloi mencubanya, ramai yang telah berpuashati. Jangan bertangguh lagi, inilah masanya, jom segera lawati www.azaleadenaturale.com.


Comments are closed.

Loading...