“Kalau Bercinta Pun, It’s None Of Your Business” – Zul Ariffin Nafi Ada Hubungan Mesra Dengan Ruhainies

Hiburan

“Kalau Bercinta Pun, It’s None Of Your Business” – Zul Ariffin Nafi Ada Hubungan Mesra Dengan Ruhainies

Seringkali terkait dengan beberapa siri kontroversi dengan aktres Ruhainies, Zul Ariffin akhirnya tampil menjelaskan status sebenar hubungannya bersama pelakon wanita itu.

Kata Zul Ariffin yang kini berusia 35 tahun, dia tidak mempunyai sebarang hubungan dengan Ruhainies seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Advertisement

Ujarnya, Ruhainies hanyalah sekadar teman seperjuangan dan menegaskan bahawa wanita itu mempunyai teman lelaki namun lebih memilih untuk tidak berkongsi kepada khalayak.

Zul berkata demikian bagi menjawab dakwaan yang mengatakan dirinya sudah mendirikan rumah tangga secara rahsia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @ruhainies7

Dalam pada itu, Zul memberitahu bahawa dia kini sibuk dengan karier lakonannya.

Sekarang ini saya dengan diri saya dan kerjaya saya. Kalau saya ada girlfriend pun, it’s none of your business guys.

Saya nak kahwin, saya kahwinlah, tapi bukanlah wedding of the year. Banyak lagi kerja lain kena buat.

Dia dalam pada itu turut berterima kasih kepada semua peminat yang tidak berhenti-henti menyokong karier seninya selama ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Kena Bogel Separuh Badan Dengan Pelakon Wanita" - Zahiril Adzim Tolak Tawaran Hollywood Sebab Ada 'Scene' Aksi Ranjang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : xtra.com.my

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...