“Kalau Benda Ni Jadi Jangan Marah..” – Remy Ishak Tak Gentar Beritahu Isteri Kalau Ada Perempuan Lain Jadi Orang Ketiga

Hiburan

“Kalau Benda Ni Jadi Jangan Marah..” – Remy Ishak Tak Gentar Beritahu Isteri Kalau Ada Perempuan Lain Jadi Orang Ketiga

Pelakon kacak, Remy Ishak memaklumkan bahawa dia tidak berasa takut atau segan untuk berbincang dengan isteri tersayang, Ezza Yusof sekiranya wujud orang ketiga dalam perkahwinan mereka.

Kata Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, berbincang dan berkomunikasi adalah jalan terbaik bagi menjaga keharmonian sesebuah institusi perkahwinan.

Advertisement

Benda-benda begini, kita kena bagitahu. Saya selalu beritahu pada diri bahawa tiada orang yang salah sebenarnya.

Tiada orang nak sondol siapa. Benda berlaku ada sebab. Kadang-kadang, dua-dua jadi, tepuk tak jadi. Kenapa balas tepukan tu. Benda-benda begitu.

Remy dalam pada itu turut memberitahu bahawa dia ada berbincang dengan isteri mengenai isu rumah tangga yang kerap berlaku dalam golongan selebriti.

Saya pun cakap dengan isteri, kalau benda ni jadi jangan tolong marah. Dan, saya pun cuba jaga diri supaya kecurangan tidak berlaku dalam perkahwinan.

Dia juga menegaskan bahawa ketelusan dan kejujuran sangat penting dalam perkahwinan, malah jika ada mesej pelik yang diterimanya di media sosial, Remy akan segera tunjuk pada isterinya.

“Kalau iman saya goyah atau berlaku apa-apa, saya akan beritahu isteri, itu lebih bagus” ujarnya lagi.

Sekadar info, Remy telah mendirikan rumah tangga bersama isteri pada 21 Ogos 2021 dan kini sedang menanti kehadiran cahaya mata sulung mereka yang dijangka lahir pada Ogos ini.

Aliff syukri
10 months ago

"Saya Suka Dibelai, Dipuji Dan Dimanja" - Aliff Syukri Akui Pernah Rasa Ingin Bercerai, Isteri Tak Faham Kemahuan Dirinya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...