Kalau Benar Mereka Bercinta, Itu Hak Peribadi Mereka – Michael Ang

Hiburan

Kalau Benar Mereka Bercinta, Itu Hak Peribadi Mereka – Michael Ang

Gara-gara sering memuat naik foto mesra bersama dengan agak kerap di akaun Instagram, pelakon Fattah Amin dan Neelofa dikatakan sedang bercinta. Mereka mula rapat selepas digandingkan bersama didalam drama Suri Hati Mr. Pilot arahan Michael Ang.

Advertisement

Bagi mendapatkan kepastian tentang gosip tersebut, pihak media telah menghubungi Michael. Menurut Michael, kedua-dua pelakon berkenaan sedang menjalinkan hubungan cinta di lokasi penggambaran Suri Hati Mr. Pilot.

Namun, Michael enggan memberikan komen lanjut mengenai gosip berkenaan kerana tidak mahu mencampuri urusan peribadi Fattah dan Neelofa.

Ya, mereka memang bercinta di lokasi drama ini. Tetapi, di luar set saya tidak tahu sama ada mereka memang intim atau sebaliknya.  Keserasian mereka membintangi drama ini jelas kelihatan dan masing-masing sangat ‘memberi’ apabila membabitkan babak intim. Itulah yang saya mahukan,

Kalau benar mereka bercinta, itu hak peribadi mereka. Tetapi, di dalam set saya, mereka memang benar-benar bercinta. Saya juga tidak sangka, Neelofa bukanlah seperti apa yang saya dengar daripada mulut orang.

Wah, semakin hangat nampaknya gosip mereka berdua sedang bercinta ini. Tidak mustahil juga, kalau sudah terlalu rapat dan sering melakonkan babak cinta bersama, mungkin juga  akan ada  sedikit bibit cinta yang timbul didalam hati Fattah dan Neelofa. Tidak apa, kita tunggu kenyataan daripada mereka berdua nanti.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...