“Kalau Badan ‘Plus Size’ Ni Mudah Dikecam..” – Mahu Amalkan Gaya Hidup Lebih Sihat, Pempengaruh Bertekad Turunkan Berat Badan

Gaya Hidup

“Kalau Badan ‘Plus Size’ Ni Mudah Dikecam..” – Mahu Amalkan Gaya Hidup Lebih Sihat, Pempengaruh Bertekad Turunkan Berat Badan

Berazam mahu menjalani gaya hidup yang lebih sihat, pempengaruh Rifdi Amri telah berkongsi perjalanan dirinya dari Oktober lalu hingga ke hari ini untuk mengurangkan berat badan.

Sering dikecam

Menurut Rifdi yang dikenal di media sosial sebagai hos utama program kembara makanan, JomKita, disebabkan penampillannya yang berbadan gempal itu, dia sering menerima kecaman dari warganet.

Advertisement

Kebanyakkan dari mereka sering meninggalkan komen negatif di videonya yang membuat reviu makanan mengatakan dirinya keterlaluan, jijik dan pelahap.

Netizen ada yang ikhlas nasihatkan saya untuk jaga berat badan. Saya terima nasihat mereka dan cuba ubah diri. Tapi ada juga yang mengecam, sesetengah kecaman tu saya akui mungkin punca kesilapan saya juga.

 

Saya perasan kalau kita badan plus size ni, segala apa yang kita lakukan akan lebih mudah undang kecaman, seakan-akan tiket membenarkan body shaming.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rifdi Amri 🇲🇾 (@rifdiamri)

Terima dirinya seadanya

Pada masa yang sama, Rifdi juga menyatakan rasa syukur dengan kedatangan teman wanitanya yang setia bersamanya dan sering memberi sokongan dan membantu keyakinan dirinya.

Saya sangat bertuah dengan adanya dia, seseorang yang mampu terima saya seadanya. Teman wanita saya datang pada masa saya masih work in progress, sanggup susah senang bersama. Dialah penyokong satu saya.

rifdi

Pembedahan bariatrik

Tambahan pula, Rifdi turut berkongsi ikhtiar dirinya yang mendapatkan konsultasi doktor dan melakukan pembedahan bariatrik bagi membantunya mengurangkan pemakanan.

Penyebab utama obesiti adalah selera makan tak terkawal. Jadi, pembedahan bariatrik ni buang 70 peratus daripada perut supaya saya tak makan banyak.

makan

Di samping itu juga, dirinya tetap mengamalkan cara lain untuk menjadi lebih sihat seperti membuat senaman berjalan laju dan bermain badminton. Kata pempengaruh ini, hujung bulan Januari, dirinya akan mula bermain gym seterusnya futsal, hiking dan yang lain.

Iqbal zulkefli
5 months ago

"Saya Mencari Orang Yang Boleh Potong Perut Dengan Segera" - Iqbal Zulkefli Dedah 'Aset' Jadi Kecil Sejak Berat Badan Naik, Nak Kurus Segera

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...