Baru-baru ini, Baby Shima dan Ifa Raziah ada mengeluarkan kenyataan menyindir para agamawan kerana tidak menegur atau memberi komen tentang isu membabitkan kelompok mereka sendiri.
Mereka mempersoal agamawan yang sebelum ini begitu lantang menegur para artis tentang pelbagai isu terutamanya cara berpakaian.
Terpalit dengan isu itu, Da’i Fuad semalam telah tampil memberi kenyataannya menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok.
Jelasnya, para agamawan sememangnya tidak menyokong sebarang aktiviti tidak bermoral seperti pedofilia dan berharap mana-mana agamawan yang bersalah dijatuhi hukuman setimpal.
Namun, katanya sekiranya sesuatu jenayah tersebut itu menjadi kes undang-undang mereka tidak boleh berkata apa-apa dan hanya akan berdiam.
Mahu memberikan gambaran yang lebih jelas, dia turut memberi scenario jika Baby Shima dan Ifa Raziah ditahan atas satu kesalahan, ‘geng’ mereka ini juga akan tutup mulut.
Katalah suatu hari nanti, Baby Shima dan Ifa Raziah ditangkap di atas seksyen 53 berpakaian tidak sopan di khalayak umum, kami pun akan senyap kak.”
@daifuadmokhtar semoga kebenaran terungkai, buat sebab Allah #buatsebaballah
Kenyataan Da’i Fuad itu mendapat sokongan dan respon positif daripada ramai netizen di TikTok di mana rata-ratanya bersetuju dengan komen tersebut.
Sesetengah meluahkan rasa sedih kerana agamawan zaman sekarang sering dipandang rendah dan dikritik oleh segelintir individu.
Ada yang bersetuju dengan tindakan agamawan berdiam diri dan tidak memberi komen berkenaan isu jenayah membabitkan kelompok mereka kerana ia sudah melibatkan undang-undang.