“Kalau Awak Terasa, Awak Lah Tu..” – Tiada Permohonan Maaf Daripada Bekas Sahabat, Leona Enggan ‘Reveal’ Nama Orang Ketiga

Kehidupan

“Kalau Awak Terasa, Awak Lah Tu..” – Tiada Permohonan Maaf Daripada Bekas Sahabat, Leona Enggan ‘Reveal’ Nama Orang Ketiga

Pempengaruh dan anak kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona atau mesra dipanggil Leona berkata, bekas rakan karibnya masih belum membuat permohonan maaf kepadanya selepas kejadian yang pernah tular sebelum ini.

“Tak mahu dia dalam hidup saya”

Hal tersebut susulan kontroversi dimana teman baiknya yang juga merupakan seorang influencer didakwa telah menjadi orang ketiga dalam hubungannya bersama bekas pasangannya dahulu.

Advertisement

Menurut Leona, dia terkilan dengan sikap individu tersebut yang tidak mencuba untuk memohon maaf atas kesilapan yang terjadi dan mengakui dirinya tidak pernah menyekat influencer tersebut di mana-mana media sosial.

Hubungan saya dengan bekas kekasih, kami tidak lagi berkawan tapi kami okay. Cuma untuk pihak yang lagi satu itu, dia tidak pernah minta maaf kepada saya dan saya juga tidak mahu dia di dalam hidup saya.

 

Saya rasa agak annoying sebab dia boleh pergi ke orang lain untuk bercakap tentang perkara ini tetapi tidak cuba nak hubungi saya, saya tak pernah block dia pun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Leona (@kasihirisleona)

Tidak pernah mendedahkan nama

Namun begitu, kata Leona, dia tidak pernah menyangka video yang dimuat naik di TikTok sebelum ini akan menjadi perhatian netizen dan mendapat tontonan yang banyak. Meskipun banyak spekulasi yang tersebar, anak aktor ini tetap tidak ingin mendedahkan nama bekas teman baiknya itu.

Saya tak petik nama sesiapa pun. Bila saya bangun, saya tengok video tersebut dan viral dan cecah berjuta tontonan. Tapi sampai sekarang saya tak dedahkan siapa yang saya maksudkan kawan baik dalam video itu.

 

Dan saya masih tak mahu dedahkan siapakah yang dimaksudkan. Kalau awak terasa, awak lah tu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Leona (@kasihirisleona)

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

kasih iris leona
5 months ago

“Dapat Kawan Macam C*laka Curi Kekasih Kawan Sendiri” - Persahabatan Leona & Cupcake Aisyah ‘Musnah’ Sebab Lelaki?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : YouTube

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...