“Kalau Awak Tak Bersedia,Tolonglah Jangan Kahwin. Jangan Aniaya Anak Orang!”

Trending

“Kalau Awak Tak Bersedia,Tolonglah Jangan Kahwin. Jangan Aniaya Anak Orang!”

Saya ada kawan yang baru lahirkan anak kembar tiga beberapa bulan lepas. Minta teman dia pergi buat urusan di mahkamah syariah untuk urusan minta cerai dari suami dia.

Kenapa?

Advertisement

Suami dia curang pada dia masa dia tengah pantang. Tapi kawan saya cakap mungkin sebelum melahirkan lagi.

Disebabkan kawan saya tengah sarat teruk nak berjalan pun susah kaki bengkak dan suami dia tak membantu langsung,  dia buat hal dia sendiri dan berharap segalanya baik-baik saja dengan suaminya (bila ditanya suaminya cakap saya okay awak jaga anak kita baik-baik ok)

Jadi kawan saya sangka semua baik dan terkawal. Masa beranak pun suami dia tiada di sisi dengan alasan “outstation”. Isterinya sangat memahami jadi dia kata:

“Tak apalah awak urus hal awak, saya minta maaf untuk segalanya minta halal semua awak pernah bagi.”

Masa pantang dekat kampung pun suami dia tak datang jenguk langsung. Langsung. Sekali pun tak! Sekali lagi dia bersikap positif.

“Aku kalau boleh tak nak susahkan dia. Tak apa aku faham dia nak cari rezeki untuk anak-anak dia”, dia kata.

Suatu hari, jiran dia telefon. Tanya khabar dia dan ucap tahniah untuk anak yang baru lahir. Masalah bermula bila jiran cakap,

“Bila Liya balik? Akak ada nampak macam kelibat Liya keluar masuk rumah tapi pelik sebab Liya macam jalan cepat-cepat.”

Whooaaaaaaa apa lagi. Terkejut dia!

Kawan saya ni sejenis manusia yang selalu cuba untuk bertenang dalam apa jua masalah dia hadapi jadi dia balas:

“Liya takut jadi apa-apa dekat anak-anak. Kadang-kadang buang sampah dekat luar cepat-cepat masuk kesian kembar tiga tu nanti mak dia keluar lama-lama.”

Dalam hati dia, katanya dia rasa macam sakit gila. Pedih. Macam nak menangis. Jadi dia ambil keputusan naik bas balik rumah dan terpaksa tinggalkan bayi-bayi dia dengan mak dia sekejap dengan alasan:

“Nak ambil barang dekat rumah, kecemasan. Liya balik hari. Kejap saja.”

(bukan bas tapi keretapi masa tengah  fikir tentang bas masa taip ni)

Rumah mak dia dekat Kajang, rumah dia dekat kawasan Batu Caves. Jadi dia naik KTM. Dia ambil masa dua jam  juga nak sampai rumah (termasuk masa menunggu).

Dia sampai rumah, tengok ada kasut tumit tinggi yang dia tak kenal.

Dia terus naik ke tingkat atas dan tengok sendiri suami dia sedang tidur dengan perempuan lain (atau bitch saya patut panggil) macam suami isteri sebenar. Kawan saya spontan jerit “awak!”

Sebenarnya perempuan tu yang beri respons pada tengkingan kawan saya. Terus dia kejutkan si suami. Terkejut beruk muka mereka.

Suami itu boleh tengking kawan saya:

 “Apasal balik tak reti nak maklumkan dulu ke apa ke?!”

Kawan saya memang terkejut dengan reaksi suami dia. Siap tanya siapa perempuan tu. Tapi perempuan tu buat muka toya seolah-olah dia tak buat salah langsung.”

Kawan saya masih bertenang.

Dia tak tunggu lagi, dia ambil semua barang dia bawa keluar dan siap pesan:

“Kalau awak nak kahwin lain saya boleh izinkan. Jangan hidup dalam dosa macam ni.”

Dia tahankan air mata dari mengalir sampai lah dia sampai dekat rumah mak dia.

“Aku tak larat dah. Aku fikir nak balik cepat tengok babies saja.”

Sebaik saja tiba di rumah ibu bapa dia, dia terus menangis selepas satu setengah jam tahan air mata. Mak ayah dia macam kesallah dengan perbuatan si suami sebab anak dia sanggup buat apa saja untuk halalkan hubungan mereka yang dah bercinta sejak tingkatan tiga.

“Demi cinta aku dekat dia, aku pujuk mak ayah aku untuk terima pinangan dia walaupun masa tu dia tak ada kerja tetap, kewangan pun tak stabil. Aku nikah dengan dia pun tanpa duit hantaran. Bagi aku asalkan ikhlas dia nak memperisterikan aku, aku terima seadanya.”

Dan dia terangkan kenapa tak ada kenduri cuma doa selamat dengan orang surau saja, nikah hanya pakai baju lama, duit hantaran tak ada langsung. Barang hantaran apakan lagi. Hanya sebentuk cincin yang itu pun 70% pakai duit kawan saya. Sebab cinta.

Kejap lagi sambung lagi, nak bersiap. Bye bye.

Jadi sekarang ni dia fikir nasib anak-anak dia saja. Dia baru daftar kes untuk penceraian. Bulan depan naik mahkamah untuk kes ni. Kepada sesiapa yang membaca, mohon doakan yang terbaik untuk dia. Dia muda lagi. Baru 24 macam tu.

Okay boleh sambung sikit. Sejak hari pertama sampailah hari ni, urusan pendaftaran anak-anak, bayaran hospital, kos itu ini semua kawan saya yang bayar tanpa bantuan sesen pun dari si suami.

Lebih teruk, suami dia sejak kantoi, tak ada nak pujuk dia or cari dia. Mesej pun cakap “oi”

Ada orang tanya saya, sahih ke cerita saya bagi ni? Betul ke isteri dia tu baik sangat?

Biar saya beritahu awak semua macam ni. Isteri dia dari zaman sekolah menengah sampai sekarang, apa terjadi pun dia akan fikir positif. Bukan jenis melenting mengamuk.

Dan ada juga cakap kawan saya bodoh sebab kahwin juga dengan lelaki yang kewangannya tak stabil. Jawapan dia senang saja. Cinta. Bila kita ikhlas dengan apa yang kita miliki, kita sanggup terima seadanya. Jadi jangan cakap dia bodoh. Kesian dekat dia.

Teringat masa dia minta tolong untuk ambil dia dari Kajang untuk bawak anak-anak dia ke hospital sebab demam kuning anak-anak dia tinggi. Tak cukup menyusu badan sebab tek ada dua saja yang nak meneteknya tiga budak. Saya tanya mana suami kau? Dia kata suami dia suruh urus sendiri. Dia sibuk.

Untuk makluman kawan saya ni orangnya kecil saja. Genit orang kata. Jadi bayangkanlah sendiri macam dia bawak kembar tiga dengan badan kecil dia. Sampai doktor kata boleh ancam keselamatan dia. Dia kata dekat saya,

“Allah bagi aku sebab Allah tahu aku mampu. Lantaklah doktor nak kata apa.

Allah nak uji aku. Aku yakin aku boleh. Aku pernah cakap dekat mama (mak dia) kalau aku tak dapat bertahan, minta dia jagakan anak-anak aku. Tapi aku cakap juga doalah aku selamat. Doa dia segalanya untuk aku.”

Leleh weh, sumpah. Muka dia merah tahan air mata. Suara dia dah bertukar serak sedikit.

Tak nak dah cerita lagi tapi kalau ada kemas kini (sebab kes dia awal bulan 8) saya letak kemas kini.

Mohon doa daripada semua yang baca cerita ni dan juga untuk saya pun saya jadikan iktibar.

Kenapa jadikan iktibar? Biar saya terangkan:

  1. Berkahwinlah bila masing-masing dah bersedia daripada pelbagai sudut. Jangan ambil mudah. Tak nak sebut tentang hantaran sebab benda tu sensitif dan saya tak nak dikecam. Tapi carilah lelaki yang stabil dari segi kewangan ataupun gaji kecil tapi pandai berjimat tetapi tak kedekut.
  2.  Iktibar yang kedua saya dapat adalah, apa jua terjadi pada awak, cuba bersikap positif. Berat atau ringan sekalipun ujian tuhan bagi, jangan mengeluh. Kawan saya tak mengeluh pun cuma dia kata kesian mak ayah dia menangis sebab dia. Dia rasa berdosa sangat.
  3. Iktibar ketiga, tolong kalau awak tak bersedia, tolonglah jangan kahwin. Jangan aniaya anak orang, benda ni saya cakap umum baik lelaki mahupun perempuan. Tak ada mak ayah nak tengok anak mereka sakit disebabkan orang lain. Please okay!

Tolong jangan cakap saya buka aib kawan saya. Bukan itu tujuan saya! Tujuan saya kongsi adalah untuk kesedaran bukan saja untuk saya tapi semua di luar sana! Ini perkahwinan weh bukan hubungan sebelum nikah! Jangan main-main dengan perkahwinan!

Sumber: Rice Bunny

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...