“Kalau Asyik Komen Kat Video Orang Kaya Minta Tolong, Sampai M*mpus Hidup Kau Sempit” – Suami Fatin Afeefa

Hiburan

“Kalau Asyik Komen Kat Video Orang Kaya Minta Tolong, Sampai M*mpus Hidup Kau Sempit” – Suami Fatin Afeefa

Sejak berkahwin dengan pelakon Fatin Afeefa, suaminya iaitu Aliff Wang selalu menjadi bualan ramai oleh kerana attitude serta kata-kata yang sering dilontarkan di laman media sosial.

Baru-baru ini, sekali lagi dia menjadi bualan ramai setelah dia menasihati warganet untuk tidak membandingkan diri sendiri dengan orang lain.

Advertisement

Melalui perkongsiaan videonya itu di TikTok, Aliff yang lebih dikenali sebagai Opai memberitahu untuk tidak berasa tertekan melihat kejayaan orang lain kerana setiap rezeki diberi kepada manusia berbeza-beza.

suami fatin afeefa

Dalam pada masa yang sama, Opai juga memaklumkan dirinya pernah melalui fasa tersebut namun tetap bersyukur dengan rezeki yang diberikan oleh Allah S.W.T buatnya.

Kalau kau asyik comment kat video orang kaya hidup saya sempit tolong saya, sampai mampus pun hidup kau sempit, sebab kau tak percaya diri.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat yang disampaikan oleh Opai dan meminta lelaki berkenaan mengajar mereka forex bagi mendapat wang pulangan yang lumayan.

komen netizen

Sekadar info, sebelum ini Opai menjadi bahan kecaman kerana bangga tayang pendapatan bulanannya di laman media sosial ketika isteri melakukan live TikTok.

suami fatin afeefa
1 year ago

"Dah Lah Single, Takde Duit Pula" - Tayang Pendapatan RM76K Seminggu, Suami Fatin Afeefa Dilabel Riak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...