“Kalau Asyik Bergaduh Je Boleh Gila Tau..” – Mahu ‘Happy Ending’, Puteri Sarah Kongsi Hubungan Baik Dengan Syamsul Yusof

Hiburan

“Kalau Asyik Bergaduh Je Boleh Gila Tau..” – Mahu ‘Happy Ending’, Puteri Sarah Kongsi Hubungan Baik Dengan Syamsul Yusof

Sedia maklum, sebelum ini pernah berlakunya pertelingkahan antara pelakon, Puteri Sarah dan bekas suami iaitu pengarah serta pelakon hebat, Syamsul Yusof hingga menjadi bualan ramai.

Namun begitu, sejak akhir-akhir ini, kelihatan hubungan antara kedua-dua belah pihak sudah semakin baik.

Advertisement

Sarah kongsi hubungan dengan bekas suami

Malah, perkara tersebut turut diakui oleh aktres berkenaan apabila ditemubual oleh pihak media, di mana Sarah berkata mereka mengekalkan hubungan baik demi anak-anak serta mentalnya.

Alhamdulillah okay. Dia pun ada part dia, Sarah pun ada part Sarah, tak ada isu. Sarah nak semua okay, nak happy ending. Tak nak bad ending.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial)

Keluarga mertua banyak beri sokongan, nak jaga diri

Dalam pada masa yang sama, sedikit sebanyak sokongan keluarga sendiri serta mertua juga banyak membantu.

Kalau asyik bergaduh je boleh gila tau. Tak larat. Kita nak jaga diri kita juga, kalau gila apa pun tak boleh buat.

Sekadar info, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 2014 tetapi perkahwinan itu musnah selepas pengarah berkenaan mengambil keputusan berkahwin satu lagi bersama Ira Kazar di Songkhla, Thailand pada tahun 2023.

Puteri Sarah Liyana
2025-08-26 13:16:10

"Kalau Ada Cuti Je Kita Pergi Jakarta.." - Puteri Sarah Liyana Pilih Hidup Tenang, Enggan Lagi Dianggap 'Menunggang' Isu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...